KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan, tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran kerajaan pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19.
Sebaliknya kata beliau, apa yang lebih penting untuk mendapatkan vaksin ialah ia perlu mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Dari awal lagi kita tahu untuk mendapatkan vaksin, dia kena dapat kelulusan NPRA. Itu yang paling penting. Hanya ada tiga vaksin yang diluluskan iaitu Pfizer-Biontech, Sinovac dan AstraZeneca, semua ini juga adalah yang dibekalkan kerajaan kepada rakyat.
"Jadi tidak timbul kita perlu dapat kebenaran. Setelah mereka menunaikan perjanjian mereka dengan kerajaan pusat, bekalan apa yang telah ditempah, barulah mereka dapat melayan kita di peringkat negeri ini," katanya dalam satu sidang media yang turut disiarkan melalui Facebook Live pada Rabu.
Kerajaan Negeri Selangor katanya, menumpukan kepada syarikat-syarikat industri dan kilang yang dilihat mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk pekerja mereka.
Dr Siti Mariah berkata, pembelian vaksin berkenaan akan diberikan kepada kumpulan warga emas di rumah orang tua dan mereka yang benar-benar memerlukan pada ketika ini.
Ketika ini katanya, terdapat lebih sejuta pekerja dalam sektor berkenaan yang berisiko berhadapan dengan jangkitan COVID-19 dan majikan sedia membeli vaksin melalui Kerajaan Negeri Selangor.
"Kita tahu pihak majikan sanggup membeli vaksin dan kerana mereka nak cepat kerana mereka yang paling belakang menerimanya dan mungkin akibat jangkitan ini, kilang mereka dibuka dan ditutup. Setiap kali kilang mereka tutup, maka kerugian banyak kepada mereka dan rakyat.
"Satu kumpulan lagi ialah rakyat dan warga emas di rumah orang tua. Kita juga ada kumpulan pelarian, dan sebagainya. Kita nak capai 80 peratus untuk komuniti imuniti berkelompok," tambahnya lagi.
Selain itu, Kerajaan Selangor juga akan memberikan vaksin kepada golongan B40 dan barisan hadapan di negeri-negeri yang masih belum divaksin.
Syarikat Selgate Corporation Sdn Bhd telah diamanahkan untuk urus niaga pembelian vaksin, dan separuh daripada kos akan ditanggung Kerajaan Negeri Selangor.
Sementara itu, Dr Siti Mariah juga berharap kerajaan pusat dapat melihat semula kadar peratusan pemberian vaksin di Selangor yang dilihat lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain.
Ia berikutan katanya, dengan situasi COVID-19 di Selangor, kerajaan pusat sepatutnya memberi tumpuan kepada negeri berkenaan.
"207,000 Negeri Selangor divaksin atau 3.3 peratus divaksin, lebih rendah dari Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, dan sebagainya.
"Kita tahu yang duduk di Lembah Klang adalah mereka dari luar yang balik ke negeri mereka dan kembali semula ke Selangor. Jadi saya harap kerajaan ber perhatian kepada fakta ini bahawa kita kena tumpu vaksin di Selangor, dan Kuala Lumpur juga dan ini tidak berlaku," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed May 19 2021

Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan, tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin. - Facebook/Dr Siti Mariah
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.