KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk COVID-19 berada pada tahap optimum.
Dr Adham menjelaskan, arahan tambahan dalam SOP berkenaan ialah penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.
Selain itu, penyuntik vaksin juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.
"Penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin ini akan diperluaskan ke semua PPV yang lain. Dalam masa sama, pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: CITF siasat dakwaan pemberian vaksin AstraZeneca kurang dos
Arahan baharu itu susulan dakwaan insiden pemberian dos yang kurang daripada sepatutnya bagi vaksin AstraZeneca untuk pencegahan COVID-19 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula 20 Mei lalu.
Sehubungan itu, KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang melakukan siasatan lanjut mengenai perkara ini.
Astro Awani
Mon May 24 2021

Arahan tambahan dalam SOP berkenaan ialah penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan. - Gambar fail/AP
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

COVID-19: KKM teliti trend tempahan slot vaksinasi di PPV
KKM sedang meneliti trend tempahan janji temu slot vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan meningkatkan jumlah slot di pusat yang mempunyai permintaan vaksinasi tinggi.

COVID-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara
Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

Keputusan tutup PPV Mega memandangkan kos sewa tinggi - Khairy
Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega mulai 16 Mac ini memandangkan penyewaan lokasi pusat itu membabitkan kos yang tinggi.

Vaksin COVID-19: Tambah PPV Walk-In, percepat vaksinasi kanak-kanak - Khairy
Ia seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Hanya 14 peratus penduduk Sabah ambil dos penggalak - Masidi
Masidi mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.

MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Empat PPV Integrasi dibuka untuk vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus mulai esok
Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.