KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.
Dalam satu paparan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata sekiranya masyarakat leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia serta berkemungkinan menyebabkan negara menghadapi satu lagi "pertempuran" dengan virus COVID-19.
"Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada populasi di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan COVID-19.
"Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu," katanya.
Selain itu, beliau mengingatkan individu yang disahkan postitif COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif supaya segera menjalani pengasingan atau kuarantin agar tidak mendedahkan orang lain terhadap risiko jangkitan.
Sementara itu, dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata varian Delta COVID-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.
BACA: Varian Delta boleh membiak dalam hidung - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Malaysia catat 22,262 kes positif baharu, dengan Selangor 7,011 kes
Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak.
"Virus yang membesar itu boleh berjangkit sebagaimana mereka yang tidak divaksin, bermakna mereka yang sudah divaksin boleh merebakkan virus ini dan menjangkiti yang lain, "katanya.
Dr Noor Hisham berkata biarpun kemungkinan jangkitan kepada mereka selepas divaksin boleh menjangkiti yang lain, individu yang sudah divaksin masih lagi terlindung daripada jangkitan dan bahaya kematian.
"Tambahan pula ia mengurangkan kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi. Oleh itu tolong dapatkan suntikan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
![Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628066925_DGHisham.jpg)
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Pahang benar pasar malam kembali beroperasi untuk mereka lengkap vaksinasi Pahang benar pasar malam kembali beroperasi untuk mereka lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591408306_pasarmalam.jpg)
Pahang benar pasar malam kembali beroperasi untuk mereka lengkap vaksinasi
Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan bundle (pakaian atau kasut terpakai) dan but kereta kembali beroperasi hanya kepada pengunjung lengkap vaksinasi mulai hari ini.
![Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628066925_DGHisham.jpg)
Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.
![Individu luar lengkap dua dos vaksin boleh masuk Sarawak Individu luar lengkap dua dos vaksin boleh masuk Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629525988_PelajarKuching.jpg)
Individu luar lengkap dua dos vaksin boleh masuk Sarawak
Individu yang ingin memasuki Sarawak boleh berbuat demikian dengan menunjukkan bukti pengambilan dua dos lengkap vaksin COVID-19.
![Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628555911_TBDineIn.jpg)
Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi
Rata-rata pemilik restoran membuat persediaan rapi bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) para pelanggan.
![Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628521638_DineInRestoran.jpg)
Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini
Antara kelonggaran diberikan termasuk pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
![Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan - Ismail Sabri Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626260822_ISMAILSABRI.jpg)
Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan - Ismail Sabri
Kelonggaran merentas daerah dan negeri bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.
![Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623474990_pusatbelibelah.jpg)
Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi
Persatuan-persatuan ini yakin risiko akan mudah diuruskan untuk semua premis di pusat beli-belah membuka perniagaan mereka apabila syarat-syarat ini dilaksanakan.
![95 peratus Ahli Parlimen sudah selesai dua dos vaksin - Azhar 95 peratus Ahli Parlimen sudah selesai dua dos vaksin - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627029078_AfiqAizulAKAri.jpg)
95 peratus Ahli Parlimen sudah selesai dua dos vaksin - Azhar
Sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah mendapat dua dos vaksinasi COVID-19 sebelum Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini.
![732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham Baba 732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham Baba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620469100_DatukSeriDrAdham.jpg)
732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham Baba
Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
![COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612216850_AnthonyFauci.jpg)
COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi amaran supaya regimen dua suntikan dos bagi vaksin COVID-19 yang diluluskan dipatuhi.