Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Wilayah Utara Australia hari ini selepas menghadapi masalah teknikal pada salah satu daripada enjinnya.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan malam ini berkata pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari itu dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.
"Keselamatan tidak pernah dikompromi dan kapten yang bertugas mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan itu bagi mendapat bantuan teknikal," katanya.
Menurut kenyataan itu penumpang berkenaan akan berlepas dari Alice Springs ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH148 esok (19 Jan).
"Penerbangan itu dijadualkan berlepas dari Alice Springs pada pukul 5.45 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.50 malam pada hari yang sama."
MAB juga berkata syarikat itu berusaha untuk membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka.
Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat MAB, Adlina Azharuddin ketika dihubungi Bernama berkata kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, malah kesemua penumpang sudah diberikan penginapan hotel, makanan dan pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018

MAB berusaha membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dilencongkan ke Alice Springs
Pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari itu dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.