Siasatan berhubung penemuan dua butir bom asap di tempat pembuangan sampah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak di sini semalam, menjurus kepada pasukan polis dan tentera.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini kerana, bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan seperti demonstrasi Hari Kebangsaan.
"Ada nombor siri pada bom berkenaan dan pengilang terlibat boleh mengesan kepada siapa bom itu diedarkan. Kita akan menghubungi pihak kilang di Batu Arang.
"Mungkin hari ini atau esok kita akan dapat tahu kepada siapa bahan itu dibekalkan," pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa penemuan bom itu mempunyai sebarang unsur keganasan termasuk Perhimpunan Bersih.
Mohamad Roy berkata Unit Pemusnah Bom Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati bom berkenaan masih aktif tetapi tiada tarikh luput tertera pada bom itu.
"Bom itu dihantar ke Unit Forensik PDRM untuk pemeriksaan," katanya sambil menjelaskan bom itu tidak mungkin mempunyai kaitan dengan orang awam kerana kilang berkenaan hanya boleh membekalkan bom berkenaan kepada polis atau tentera.
Beliau berkata pada kebiasannya, bahan letupan akan disimpan dalam stor senjata dan ia perlu direkod sebelum dikeluarkan daripada stor.
"Dalam kes ini, kita akan tahu bom itu asal dari mana selepas dimaklumkan kilang berkenaan. Kita akan tengok rekod, siapa yang membawanya keluar dan untuk tujuan apa ia dikeluarkan sama ada untuk kegunaan atau pelupusan," katanya.
Ditanya bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) boleh menemui bom itu di PPR Air Panas, Mohamad Roy memberitahu FRU diminta membantu melaksanakan Ops Cegah Jenayah di kawasan itu bermula semalam berikutan kadar jenayah di situ agak membimbangkan.
Katanya anggota FRU yang melakukan operasi di Blok H, PPR itu menemui dua butir bom asap di dalam bungkusan berwarna putih sebelum memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom.
Mohamad Roy berkata pasukan FRU akan bertugas di kawasan itu sehingga indeks jenayah dapat dikurangkan.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata bom asap itu ditemui di PPR itu kira-kira 3.30 petang. -Bernama
Bernama
Wed Oct 05 2016

Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan. -Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Suspek letupan bom asap sasar PM Jepun dihantar ke pejabat pendakwaan
Kimura Ryuji yang ditahan selepas serangan terhadap Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dihantar ke pejabat pendakwa di Wilayah Wakayama.

Thailand: Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar Parlimen
Ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan berkumpul di luar parlimen di mana ahli parlimen sedang membincangkan cadangan pindaan perlembagaan di parlimen pada Selasa.

Suspek insiden tembak di bar California dikenal pasti
Ian David Long dikatakan merempuh masuk ke dalam bar Borderline Bar and Grill, kira-kira 65 kilometer barat laut Los Angeles setelah menembak pengawal keselamatan.

Penemuan bom asap: Siasatan menjurus kepada polis, tentera
Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan.

Protes aman bantah tambang pengangkutan awam naik bertukar ganas di Brazil
Protes aman di Sao Paulo bertukar ganas, apabila beberapa penunjuk perasaan bertopeng mula membaling batu ke arah polis.