BATU PAHAT: Penduduk di sekitar Senggarang, di sini, menarik nafas lega dengan pemasangan pam air bergerak di Pintu Air Kuala Senggarang selepas rumah dinaiki air sejak Sabtu lepas.
Ketua Kampung Parit Permatang, Abu Bakar Raja Samad berkata, sejak Jumaat lepas penduduk resah apabila kawasan laman rumah dinaiki air memandangkan kediaman mereka berhampiran dengan laut dan sungai.
Menurut beliau lebih membimbangkan penduduk apabila pelepasan air dari empangan berhampiran dibuat ke kawasan Parit Karjo Simpang Kiri di sini yang dipercayai akan memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan itu.
"Kali ini, tidak sangka banjir masuk ke dalam rumah hingga paras 0.3 meter. Situasi ini pernah berlaku pada 2006, ditambah pula dengan kejadian air pasang, jadi kita seperti tadah sahaja limpahan air dari kawasan lain walaupun keadaan cuaca panas sejak beberapa hari.
"Syukur ada pemasangan pam ini yang banyak membantu penduduk sekali gus menyurutkan banjir terutamanya di kawasan sekitar rumah," katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.
Abu Bakar berkata sepanjang 17 tahun lalu, apabila hujan lebat berterusan selama dua hari, hanya laman rumah sahaja dinaiki air meskipun berhampiran sungai kerana kediaman mereka berada di kawasan yang tinggi.
"Sungai di kampung ini adalah laluan air ke laut, apabila ada pertembungan antara air pasang dan limpahan air menyebabkan banjir termenung, selain air banjir mula naik pada waktu tengah hari dan surut sedikit sebelum kembali naik semula pada waktu malam," katanya.
Seorang penduduk Mohd Zaimi Abdullah berkata pam yang diaktifkan diharapkan dapat menurunkan paras air sekali gus membantu mempercepatkan pemulihan banjir memandangkan rumahnya yang bersebelahan Sungai Senggarang turut ditenggelami banjir sejak Sabtu lepas walaupun keadaan cuaca cerah.
Kawasan Senggarang menjadi lokasi baharu banjir di Batu Pahat selepas beberapa tempat di daerah itu antaranya Seri Medan, Yong Peng, Parit Raja, Parit Sulong dinaiki air sejak 1 Mac lepas.
Setakat 12 tengah hari semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 40,746 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 39,301 orang.
Semalam, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor Azren Khalil dilapor berkata sebanyak 15 pam sudah dipasang di Batu Pahat setakat ini iaitu empat pam di Pintu Air Kuala Senggarang, Parit Bintang (dua), Parit Jambul (dua) dan masing-masing satu di Parit Londang, Parit Asam Kumbang, Parit Lapis, Parit Sulong, Sungai Kajang, Parit Separap, Taman Botani di Sri Medan, yang antaranya sudah dipasang pada 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Pemasangan dua unit pam bergerak hidraulik berkapasiti 140 liter/saat di Pintu Air Kuala Senggarang, Batu Pahat berperanan membantu kelancaran air dengan lebih cepat dari kawasan terjejas banjir untuk mengalir ke laut. --fotoBERNAMA
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan sejarah untuk alam sekitar, tetapi bukan dalam situasi yang positif.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Banjir: 23,000 laporan kerosakan diterima berkaitan aset polis Kelantan
Kerosakan itu antaranya membabitkan kenderaan, balai dan pondok polis serta pos Pasukan Gerakan Am (PGA).
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui, membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli
Jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.