TUMPAT: Polis di daerah menerima sejumlah 311 laporan daripada penduduk berkaitan kemusnahan harta benda, tanaman dan ternakan akibat fenomena banjir termenung yang dianggarkan bernilai RM690,358.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, laporan kemusnahan dan kerosakan diterima melibatkan 10 kampung di kawasan Pengkalan Kubor di sini akibat hujan lebat di kawasan-kawasan itu yang bermula pada 28 Februari lalu.
Katanya, hujan lebat menyebabkan limpahan air Sungai Golok yang kemudian menjadi banjir termenung melebihi lima hari.
“Laporan yang diterima kesemuanya membabitkan kerosakan kediaman, kenderaan, tanaman dan ternakan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM690,358.
“Dalam tempoh banjir termenung ini tidak ada laporan berkaitan kes kecurian kerana polis sendiri mengadakan rondaan dengan bot selain pemilik rumah menjaga rumah mereka ketika ahli keluarga lain berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya kepada pemberita selepas Gotong-Royong Pasca Banjir Membersihkan Balai Polis Kuala Jambu pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Balai Polis Kuala Jambu, Sarjan Mejar Nik Mohd Nazri Nik Jaafar.
Beliau berkata, fenomena banjir tersebut disifatkan lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya hingga pekarangan Balai Polis Kuala Jambu dinaiki air hingga mencecah 1.5 meter.
“Polis di balai itu bagaimanapun dapat mengelak daripada kerosakan yang banyak kerana persiapan dan tindakan pantas memindahkan dokumen penting, senjata api serta peralatan pejabat lebih awal sebaik menyedari paras air sungai meningkat.
“Perabot dipindahkan ke tempat selamat dan pada gotong-royong ini hanya perlu mencuci lumpur kesan banjir sahaja,” katanya.
Menurutnya, kerja-kerja pembersihan balai dilakukan dengan kerjasama masyarakat awam melibatkan tujuh anggota dan 10 sukarelawan daripada Group Wakaf Bharu.
“Kerja pembersihan berjalan lancar bermula jam 8.30 pagi walaupun kekurangan dua anggota balai yang kuarantin kerana positif Covid-19.
“Operasi balai tetap diteruskan dan polis menerima aduan serta laporan walaupun sepanjang balai ditenggelami banjir kerana operasi dilakukan di tempat yang lebih tinggi dan selamat,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 09 2022
Mohd Azmir (kiri) menyertai gotong-royong membersihkan lumpur akibat banjir di Balai Polis Kuala Jambu, Tumpat pada Selasa. -Foto Sinar Harian
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Penduduk rugi lebih RM690,000 angkara banjir termenung
Hujan lebat menyebabkan limpahan air Sungai Golok yang kemudian menjadi banjir termenung melebihi lima hari.
Tiga suspek samun maut, kereta terbabas dan terbakar selepas dikejar mangsa
Honda HRV dipandu suspek terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Kampung Morak menyebabkannya terbakar.
Penyeludup lari tinggal beras dalam kereta
Polis mengejar sehingga ternampak kereta tersebut terbabas ke kawasan sawah padi di Kampung Cherang manakala lelaki itu melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di jeti Tok Bali
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan melecur dan terdapat kesan luka pada punggung.
Banjir Kelantan: Seorang lagi ditemukan lemas dihanyut air deras
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fahmie Abdullah, 33 tahun, yang dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika melintasi kawasan banjir.
Wanita Rohingya ditemukan maut ditikam di Pasir Puteh
Mangsa, yang mempunyai dua anak lelaki masing-masing berumur 3 dan 4 tahun, dikenalinya sebagai seorang isteri yang baik hati dan berpindah ke tempat itu sejak dua bulan lepas.
Warga emas maut ditikam selepas disamun di pekarangan rumah
Mangsa yang dikenali sebagai Azizah Mohamed, 82, didatangi seorang suspek yang bertindak meragut rantai emas di leher sebelum menikamnya.
Temui ajal di kebun getah
Mangsa, Md Zaki Md Zain, 56 sebelum itu dilaporkan tidak pulang ke rumah seharian selepas keluar ke kebunnya jam 8 pagi, Rabu lalu.