IPOH: Masalah pengurusan sisa pepejal yang berlarutan lebih tiga minggu menyebabkan penduduk di Taman Chepor Sentosa di sini mengambil inisiatif melupus sendiri lebih tiga tan sampah pada Rabu.
Penduduk, Mohd Isa Shamsuddin berkata, inisiatif itu dilakukan berikutan tiada tindakan diambil selepas aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Seramai 15 penduduk mengambil keputusan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dengan mengumpul sampah-sampah yang tidak diambil PBT atau syarikat konsesi.
"Sebuah lori satu tan digunakan untuk mengangkut sampah di seluruh kawasan ini dan dibuang di kawasan kebun sebelum ditimbus. Itu alternatif yang kami ada setakat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.
Menurutnya, PBT perlu mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan isu pengurusan sisa pepejal yang disebabkan masalah kekurangan pekerja.
"Kami sebagai pembayar cukai tentu mahukan perkhidmatan terbaik tetapi melihat keadaan sekarang kami sangat kecewa apabila jadual mengangkut sampah gagal dipatuhi.
"Persekitaran taman kami mula menjadi kotor dan busuk dan tentu kita bimbang akan memberi risiko kesihatan termasuk penyakit bawaan vektor," katanya.
Mohd Isa berkata, sisa domestik ini perlu dilupuskan dengan cara betul dan berharap PBT segera atasi masalah yang dihadapi penduduk.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jun 09 2022

Penduduk Taman Chepor Sentosa bergotong-royong mengangkut sampah yang tidak dikutip untuk dilupuskan. - Foto ihsan pembaca

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.

KPKT lancar perancangan ekonomi kitaran, majukan pengurusan sisa pepejal
Nga berkata pelan tindakan itu akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran sisa pepejal menerusi lima paksi utama.

KPKT kenal pasti 18 lokasi bagi pembangunan loji WTE
Pembangunan loji itu akan menggunakan teknologi canggih dan terkini yang terbukti berjaya di beberapa negara Eropah selain China dan Jepun.

KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.

Kerajaan hasrat jadikan Serian 'Mini New Zealand' - Abang Johari
Kaedah baharu itu boleh melalui penggunaan insinerator berteknologi tinggi untuk mengurangkan tapak pelupusan.

Malaysia lancar Pelan Tindakan Sisa Pepejal, beralih ke arah ekonomi kitaran
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini menerajui inisiatif untuk mentransformasikan sistem pengurusan sisa pepejal negara.

Kerajaan Sarawak, Sweden jalin kerjasama strategik pembangunan WTE - Abang Johari
Sweden juga berjaya membuktikan kejayaan dasar pengurusan sisa pepejalnya dalam penjanaan tenaga berbanding negara-negara Eropah lain.

Aplikasi teknologi angkasa kesan tapak pelupusan sampah haram
Setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup.

Penduduk gotong-royong lupus 3 tan sampah tidak dikutip
Inisiatif itu dilakukan berikutan tiada tindakan diambil selepas aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perak bakal buat penambahbaikan dalam pengurusan sisa pepejal
Paul Yong Choo Kiong berkata penambahbaikan itu termasuk mempertingkatan sistem pengurusan seperti penggunaan teknologi tinggi.