Kira-kira 41,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung berdepan krisis air kritikal yang memerlukan penyelesaian secara tuntas untuk tempoh jangka masa panjang.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Osman Jamal berkata, ketika ini kapasiti loji air sedia ada yang membekalkan air ke DUN Balung lebih rendah daripada permintaan, mengakibatkan catuan terpaksa dilakukan.
"Harap Kerajaan Pusat dapat beri peruntukan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membangun beberapa prasarana yang dicadang bagi memenuhi keperluan air penduduk.
"Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Air di Tawau, bekalan air lebih rendah daripada permintaan iaitu kurang 16 juta liter sehari dan keadaan ini bertambah buruk apabila paras air sungai menyusut," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Katanya kekurangan bekalan air kepada penduduk di kawasan itu menyebabkan catuan air dijangka akan terus dilaksana sehingga tahun 2022 dan ini tentunya mendatangkan pelbagai implikasi.
"Kita tak perlu cerita air untuk sektor pelancongan atau industri jika air untuk keperluan penduduk pun tak boleh kita penuhi, penduduk sekarang berdepan krisis air kritikal sebab sudah tiga hari kawasan ini tiada air," katanya lagi.
Osman berkata antara cadangan jangka pendek yang dimajukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu air di kawasan Balung termasuk mendirikan tangki dan pam air di Ranggu, Bukit Qouen Hill dan Kongsi 10.
Menurutnya untuk penyelesaian jangka panjang pula, antara cadagannya adalah untuk meningkatkan kapasiti loji di Utara dan Cinta Mata sehingga 50 juta liter sehari iaitu 30 juta liter di Chinta Mata dan 20 juta liter sehari di Utara serta perlu membina empangan.
"Empangan perlu dibina untuk meningkatkan kapasiti air ini secepat mungkin dan kita juga cadangkan satu loji air di Sungai Apas Batu 15 untuk tujuan sama, jika kerajaan mahu lihat Tawau maju, kena lakukan perkara ini.
Loji Rawatan Air Utara membekalkan air ke 16 Perkampungan, taman dan sekolah keseluruhannya berdepan bekalan air kritikal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Air di Tawau, bekalan air lebih rendah daripada permintaan iaitu kurang 16 juta liter sehari. - Gambar fail
UCL: Jaringan Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Penduduk DUN Balung berdepan krisis air kritikal
Kira-kira 41,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung berdepan krisis air kritikal yang memerlukan penyelesaian secara tuntas untuk tempoh jangka masa panjang.