PARIT: Penduduk yang tinggal di pedalaman dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota di sini menikmati kemudahan pengangkutan percuma ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak seminggu lalu.
Inisiatif itu digerakkan Pusat Khidmat DUN Bota dengan Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Bandar Seri Iskandar dengan penglibatan hampir 30 kenderaan.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, ramai kalangan penerima vaksin terutama yang tinggal di perkampungan orang asli di situ mengadu mereka berdepan kesulitan untuk hadir ke PPV disebabkan tinggal jauh dan masalah tiada kenderaan.
"Melihat kepada keperluan itu, kita gerakkan inisiatif ini dengan harapan dapat memudahkan mereka hadir ke PPV.
"Alhamdulillah, kita menerima maklum balas yang positif daripada kalangan penduduk dan sejak dimulakan minggu lalu, lebih 10 penerima vaksin telah menggunakan perkhidmatan ini sementara 20 orang lagi sudah ada dalam senarai untuk dihantar minggu ini," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota itu berkata, kerjasama dengan pemandu teksi dan kereta sewa secara tidak langsung dapat membantu kumpulan itu meraih pendapatan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Katanya, dengan perkhidmatan yang disediakan, setiap pemandu menerima kadar bayaran antara RM20 hingga RM100 dengan jarak perjalanan10 ke 20 kilometer yang ditanggung sepenuhnya Pusat Khidmat DUN Bota.
"Selagi ada permintaan, perkhidmatan pengangkutan percuma ini akan kita teruskan dan kita pun sudah minta kerjasama ketua-ketua kampung untuk mengumpul dan menyelaraskan mereka yang memerlukan bantuan ini," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Teksi Daerah Perak Tengah/Seri Iskandar, Idris Mohd Sidek berkata, kerjasama itu telah memberi sinar baharu kepada golongan pemandu teksi yang terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
"Dulu ada juga penumpang kalangan pelajar IPT (institut pengajian tinggi), tetapi sekarang universiti pun dah tutup, memang kami langsung tak ada pendapatan.
"Harap lebih banyak usaha seperti ini dapat digerakkan bagi membantu pengusaha teksi di kawasan lain pula," katanya.
Bagi ibu tunggal, Rosina Bah Uda, 51, perkhidmatan teksi percuma itu katanya, banyak memudahkan proses suntikan dos keduanya di PPV Seri Iskandar yang jarak sejaun15 kilometer dari kediamannya di Kampung Orang Asli Tembuh Hangat.
"Masa suntikan dos pertama dulu, saya pergi ke PPV naik motosikal dengan kawan, takut dan risau semua ada kalau-kalau hujan atau pening selepas terima suntikan.
"Berbeza hari ini (Rabu) saya pergi naik kereta ada pendingin hawa, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat, harap perkhidmatan ini diteruskan untuk memudahkan mereka yang senasib saya tiada kenderaan dan duduk jauh dari PPV," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV
Sinar Harian
Thu Jul 01 2021
![Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625100772_TBPPV.jpg)
Ibu kepada tiga cahaya mata, Rosmanita Osman, berpeluang menggunakan pekrhidmatan teksi percuma untuk suntikan dos keduanya di PPV Seri Iskandar pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625100772_TBPPV.jpg)
Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV
Inisiatif itu digerakkan Pusat Khidmat DUN Bota dengan Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Bandar Seri Iskandar dengan penglibatan hampir 30 kenderaan.
![Panjut hidupkan warisan lama dalam suasana normal baharu Panjut hidupkan warisan lama dalam suasana normal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590207661_TBPANJURx.jpg)
Panjut hidupkan warisan lama dalam suasana normal baharu
Sekalipun, Syawal disambut dalam suasana sederhana ekoran pandemik COVID-19, namun tradisi lama tidak dilupakan.
![Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569820912_LogoPDRM.jpg)
Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.
![Mangsa banjir Kampung Misa di Parit semua lelaki Mangsa banjir Kampung Misa di Parit semua lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571627868_TBBANJIRjpg.jpg)
Mangsa banjir Kampung Misa di Parit semua lelaki
Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang dibuka 10 malam Ahad.
![Dua maut, tiga parah dalam nahas lima motosikal Dua maut, tiga parah dalam nahas lima motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549518097_KEMALANGAN.jpg)
Dua maut, tiga parah dalam nahas lima motosikal
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kelima-lima motosikal itu datang dari arah Durian Kudung menghala ke Bota.
![Pulau Misa Melayu di Bota wajar jadi pusat kebudayaan Pulau Misa Melayu di Bota wajar jadi pusat kebudayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534222037_Tarian.jpg)
Pulau Misa Melayu di Bota wajar jadi pusat kebudayaan
Pulau Misa Melayu di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini wajar dijadikan Pusat Kebudayaan orang Melayu kerana ia sering dijadikan lokasi pertemuan bagi penganjuran aktiviti kebudayaan.
![Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514363949_PenjaraLucah.jpg)
Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan
Dia didakwa hendak mengaibkan kehormatan wanita berusia 52 tahun apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kesantunan wanita
![Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513223768_Jenayah.jpg)
Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut
Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.
![Pegawai Khas ADUN Sg Manik antara tiga maut kemalangan di Bota Pegawai Khas ADUN Sg Manik antara tiga maut kemalangan di Bota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513141424_kemalangankereta.jpg)
Pegawai Khas ADUN Sg Manik antara tiga maut kemalangan di Bota
Kemalangan di Kg Teluk, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Perak itu turut mengorbankan isteri mangsa, Norhaslina Abd Razak, 27, serta adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.
![Polis tahan enam penagih, rampas heroin, ganja Polis tahan enam penagih, rampas heroin, ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468335377_Heroin.jpg)
Polis tahan enam penagih, rampas heroin, ganja
Dalam serbuan kira-kira 11.30 pagi, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan di antara 32 hingga 39 tahun itu didapati sedang menagih dadah.