Penduduk Taman Saga di Ampang Jaya bimbang terhadap hakisan tanah yang berterusan semenjak dua tahun lalu akan mengakibatkan musibah lebih buruk iaitu tanah runtuh.
Hakisan tanah itu menyebabkan 50 buah rumah dari jenis ‘townhouse’ yang menempatkan lebih 100 buah keluarga, terletak berhampiran kawasan bukit di Jalan Saga 28, dalam keadaan yang berbahaya.
Dakwa penduduk Taman Saga, isu ini telah banyak kali diadukan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), namun tindakan konkrit masih belum diambil.
Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ben Liew Pok Boon berkata hujan lebat yang berterusan sering mengakibatkan banjir lumpur sehingga paras lutut, hakisan tanah dan longkang tersumbat di kawasan ini.
Beliau berkata ini menyusahkan penduduk yang perlu kerap membersihkan rumah dan boleh mengundang penyakit seperti demam denggi.
Liew berkata "Kami menerima aduan bahawa hakisan tanah sering berlaku disini. Kami dimaklumkan bahawa pihak MPAJ sering datang untuk melihat keadaan kawasan sini, tetapi apa yang kami sedih adalah tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini"
Beliau juga berkata bahawa ramai pelancong mengunjungi kawasan bukit tersebut dan keadaan sekarang sama sekali tidak selamat untuk pelancong dan juga penduduk sekitar Taman Saga.
Salah seorang penduduk, Abdul Malik Abdul Halim berkata keadaan bukit ini seumpama bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa dan meminta pihak berkuasa bertindak segera sebelum sebarang kehilangan nyawa berlaku.
"Tidak berguna jika tindakan hanya datang selepas nyawa tergadai, kita penduduk Taman Saga tidak mahu perkara seperti itu berlaku, jadi saya berharap pihak berkuasa akan bertindak pantas," kata Abdul Malik, seorang guru berusia 50 tahun.
Penduduk M.Gurunathan, 55 seorang peniaga pula mendakwa, kejadian tanah runtuh besar telah berlaku di Jalan Saga 5 sebelum ini, dan beberapa kes demam denggi juga telah dilaporkan.
“Memang banyak masalah di kawasan ini, selalu banjir lumpur dan kita penduduk Taman Saga takut kejadian yang tidak diingini akan berlaku”.
Liew berpendapat bahawa pihak berwajib patut turun padang dan meninjau keadaan sebenar dan mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin, sebelum ia terlambat.
Beliau juga berkata, sebanyak RM 4 juta telah diperuntukkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan masalah perumahan seperti yang ditimpa oleh penduduk Taman Saga.