MIRI: Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak yang diluluskan dengan peruntukan RM316 juta dijangka dapat melindungi kira-kira 45,000 penduduk di pesisir pantai daripada kejadian banjir dan hakisan pantai.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek itu turut memanfaatkan 6,000 hektar kawasan agrikultur dan 300 hektar kawasan industri.
"Penetapan pakej projek mengikut lokasi akan ditentukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebelum proses perolehan dimulakan dan dijangka mula dilaksanakan pada 2025 yang melibatkan pelaksanaan kerja-kerja perlindungan di persisiran pantai sepanjang 40 kilometer (km)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Lawatan Projek Persekutuan dan Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap JPS kepada Kerajaan Sarawak di Lutong di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek itu melibatkan 17 lokasi iaitu Kampung Siru Melayu dan Rambungan Stoh di Bahagian Kuching, Pantai Kampung Semarang, Rumah Ek-Rumah Betty, Pantai Kampung Beting Maro dan Pantai Maludam di Bahagian Betong serta Jalan Mukah-Oya (Kampung Judan), Kampung Baru Rajang, Kampung Tekajong dan Sebako Sedi di Bahagian Mukah.
Ia turut melibatkan kawasan Pantai Sungai Bangat (Bahagian Limbang), Pantai Lutong, Bungai Bekenu, Peliau Bungai, Kampung Kuala Sibuti dan Pantai Bakam (Bahagian Miri), serta satu lokasi projek di Bahagian Samarahan dan Kampung Seberang Sebuyau, di Daerah Sebuyau.
"Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kelestarian pelaksanaan projek kerajaan untuk memastikan impak yang maksimum demi kesejahteraan rakyat dan merangsangkan ekonomi Sarawak," katanya.
Beliau menambah projek tersebut dijangka dapat meningkatkan semula aktiviti sosioekonomi serta menjamin kelangsungan perhubungan penduduk setempat selain mengurangkan kerugian harta benda, kemudahan awam serta kehilangan nyawa akibat banjir.
Fadillah berkata di bawah peruntukan pembangunan hingga Rancangan Boleh Pinda Keempat (RP4) Rancangan Malaysia (RMK12) ke-12, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan 46 projek berkaitan sumber air melibatkan JPS, bekalan air menerusi Bahagian Bekalan Air (BBA) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) untuk dilaksanakan di Sarawak dengan kos keseluruhan RM6 bilion.
Beliau berkata jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tempoh pelaksanaan di bawah RP4 RMK12 pada 2024 bagi Sarawak sahaja adalah RM299 juta.
"Pecahan mengikut jabatan adalah JPS sebanyak 21 projek dengan peruntukan RM78 juta secara geran langsung, BBA (13 projek) dengan peruntukan RM140.8 juta secara pinjaman dan JPP (12 projek) dengan peruntukan RM80 juta secara pinjaman," kata beliau.
Fadillah bersama Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin turut meluangkan masa membuat pemantauan ke atas Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Miri
Projek RTB bernilai RM25.6 juta dan melibatkan kawasan seluas 1,100 hektar itu, mula dilaksanakan sejak Oktober lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025, dengan anggaran 12,000 penduduk di kawasan sekitar akan terhindar daripada risiko bencana banjir.
Pada majlis itu beliau turut menyaksikan penyerahan lima projek siap yang dilaksanakan oleh PETRA melalui JPS yang bernilai RM52 juta kepada kerajaan Sarawak.
Projek terlibat ialah tiga RTB dan dua Projek Hakisan Pantai iaitu RTB Kawasan Penempatan Semula Kampung Bako, Kuching; RTB Kampung Sebemban Lembangan Batang Sadong; RTB Bintulu, Lembangan Sungai Kemena; Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Kuala Hilir Oya, Bahagian Mukah dan Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai Bagi Negeri Sarawak- Kerja-Kerja Pemuliharaan Muara Sungai Sematan, Kuching.
Dengan siapnya tiga RTB itu kira-kira 3,500 penduduk di kawasan terlibat akan mendapat perlindungan daripada risiko banjir, manakala pelaksanaan dua projek hakisan pantai tersebut akan memberi manfaat kepada hampir 11,000 penduduk dan nelayan daripada risiko banjir dan hakisan pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Fadillah berkata projek itu turut memanfaatkan 6,000 hektar kawasan agrikultur dan 300 hektar kawasan industri. - Gambar fail
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Peruntukan RM316 juta untuk projek atasi banjir pantai di Sarawak - Fadillah
Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak yang diluluskan dengan peruntukan RM316 juta dijangka dapat melindungi kira-kira 45,000 penduduk di pesisir pantai daripada kejadian banjir dan hakisan.
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel menyatakan komitmen negara itu untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak.
Kerajaan Sarawak tumpu usaha tingkat penengah pendapatan isi rumah
Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
Sarawak tarik RM4.2 bilion pelaburan suku pertama 2024 - Tengku Zafrul
Negeri Sarawak telah berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024.
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
Sarawak sedia peruntuk pelaburan besar untuk penanaman padi
Sarawak kenal pasti 3,000 hektar untuk penanaman padi di Tanjung Bijat, Stumbin dan Lingga di Sri Aman selain di Gedong (Simunjan) dan Lundu.
Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.
Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain
Rancangan Sarawak tambah baik kemudahan kesihatan turut mengurangkan beban penduduk di Sabah serta negara jiran untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.