Manusia pedofilia adalah ibarat ular yang bersarang di dalam rumput.
Makhluk ganas ini sukar dikenal pasti sehinggalah mereka menampakkan wajah sebenar dan menyerang kanak-kanak.
Dua pertiga daripada pedofilia dikenali kanak-kanak kerana mereka selalunya menyamar sebagai sukarelawan dengan agensi yang berkhidmat untuk kanak-kanak, kata Persatuan Paediatrik Malaysia (MPA) dan Kolej Paediatrik Malaysia.
Menurut persatuan itu, pedofilia akan memperlihatkan diri masing-masing sebagai manusia yang boleh dipercayai agar mereka sentiasa dapat mendampingi mangsa.
"Statistik menunjukkan bahawa anak anda lebih berisiko dengan seseorang yang mereka kenali berbanding seseorang yang langsung tidak mereka kenali," kata dua persatuan itu dalam kenyataan bersama, di sini hari ini.
Ini berikutan sabitan kesalahan pedofilia Britain, Richard Huckle, yang melakukan penderaan seksual terhadap 191 kanak-kanak, 22 daripada mereka kanak-kanak Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kebanyakan pedofilia berada dalam kalangan masyarakat seperti jiran, aktivis agama, pengasuh bayi, guru dan malah, anggota keluarga sendiri.
Katanya, kewujudan manusia durjana itu tidak boleh dinafikan dan mereka sukar dikenal pasti kerana pedofilia tidak memiliki ciri-ciri khusus.
"Pihak berkuasa kebajikan dan pihak lain yang mengendalikan rumah kanak-kanak perlu mencari satu sistem penapisan bagi memastikan mereka yang bakal menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa ini, tidak diambil bertugas.
"Kanak-kanak perlu diajar tentang peraturan asas mengenai orang tidak dikenali seperti jangan sekali-kali menerima pemberian oleh orang tidak dikenali atau mendekati orang yang tidak dikenali," katanya.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa pendidikan tentang keselamatan perlu dijadikan sebahagian dripada kurikulum sekolah dan prasekolah dalam bentuk pendidikan seks di Malaysia memandangkan pendidikan itu diketahui merupakan suatu cara berkesan untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan seksual.
"Pendidikan seks patut menjadi 'vaksin' kepada masalah penderaan seksual. Hujah bahawa pendidikan seks menggalakkan aktiviti seksual dalam kalangan remaja merupakan pendapat lapuk dan hanya suatu mitos," katanya.
Bernama
Thu Jun 09 2016

Pedofilia seringkali memperlihatkan diri masing-masing sebagai manusia yang boleh dipercayai agar mereka sentiasa dapat mendampingi mangsa.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.

Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa bintang EPL Son Heung Min didakwa dera kanak-kanak
Son Woong Jung didakwa atas pertuduhan mendera pemain muda di pusat latihan bola sepak miliknya.

Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.

Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.

Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris.

Pekerja jagaan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak
Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah