TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih universiti pertama untuk bekerjasama dengan World Bank Group dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak dalam konteks pembangunan inklusif dan kelestarian kewangan di Malaysia.
Dalam kerjasama itu, UPSI akan diwakili Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC).
Majlis menandatangani surat niat itu berlangsung di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin, antara Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Pengurus World Bank Group, Dr Yasuhiko Matsuda.
Md Amin berkata, inisiatif yang diambil kedua-dua pihak bertujuan membantu dalam memberi pemahaman kepada komuniti dan negara berkaitan isu serta cabaran asuhan dan didikan kanak-kanak di Malaysia.
“UPSI akan membantu The World Bank melengkapkan laporan mengenai kanak-kanak dan pusat asuhan di samping penyelidikan kuantitatif tentang penentuan akses awal pendidikan kanak-kanak untuk isi rumah berpendapatan rendah berdasarkan data daripada Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC) yang dibangunkan oleh NCDRC,” katanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, beliau berkata, sehingga kini, katanya, NCDC berjaya merekodkan 74,292 kanak-kanak, 21,626 pendidik dan 4,731 pusat asuhan di Malaysia.
Menurutnya, data yang direkodkan mampu membantu pihak berkepentingan dalam memberi manfaat, bukan sahaja kepada aspek asuhan dan perkembangan kanak-kanak, malah melonjakkan ekosistem pendidikan awal usia di Malaysia.
Md Taff berkata, berdasarkan keperluan untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat antarabangsa, kerjasama dengan World Bank Group bakal mewujudkan kepakaran dua hala bagi memberi manfaat melalui perolehan data yang komprehensif dalam bidang berkenaan.
“NDCRC yang berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pengeluaran produk kanak-kanak, menjadi pilihan yang tepat bagi World Bank Group dalam mendapatkan maklumat berkaitan gambaran melalui data berkaitan perkembangan kanak-kanak, pusat asuhan, pengasuh dan pengusaha taska di Malaysia,” ujarnya.
Beliau berharap dengan kerjasama melalui penyelidikan itu bakal memberi manfaat kepada UPSI untuk merealisasikan misi NCDRC menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) yang pertama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pertama di Malaysia selain meningkatkan lagi penarafan UPSI di persada antarabangsa.
Turut hadir pada majlis menandatangani surat niat itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar; Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr Mazlina Che Mustafa, para penyelidik NCDRC serta pakar ekonomi dari World Bank Group.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 28 2022
Majlis menandatangani surat niat itu berlangsung di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto UPSI
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat
Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
Anwar lulus RM25 juta tambah blok kediaman pelajar UPSI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina 18 blok tambahan kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
Temu Anwar: PM gesa mahasiswa tolak pemikiran jumud, lapuk
Mahasiswa juga perlu terapkan budaya membaca dalam kalangan masing-masing, dan tingkatkan penguasaan bahasa, khususnya Bahasa Kebangsaan.
Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI
Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Dua pelajar UPSI maut, Myvi rempuh treler
Dua pelajar lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer (KM) 39.9 Jalan Muar-Tangkak-Segamat.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.