IPOH: Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini, menyifatkan Sultan Perak itu figura yang sangat mencintai ilmu.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Md Amin Md Taff berkata Sultan Nazrin dilihat sebagai jenama ilmu berdasarkan latar belakangnya yang terpelajar.
"Bukan hanya di UPSI, malah warga pendidikan di seluruh Malaysia juga, saya sangat berbangga dengan kesohoran baginda dalam bidang ilmu dan pendidikan.
"Tidak hanya terpelajar, sentiasa prihatin terhadap ilmu, tetapi baginda juga merupakan felo kehormat di beberapa institusi pendidikan bukan hanya di negara ini, malah juga universiti terkenal luar negara seperti Oxford," katanya kepada Bernama.
Tidak sekadar prihatin terhadap ilmu, Sultan Nazrin juga dilihat seorang pemerintah yang menjaga tatakelola negeri dengan sempurna serta sentiasa mengutamakan misi memperkasakan ummah di negerinya.
Sultan Nazrin sangat menitikberatkan kelestarian alam apabila sering menyentuh topik berkenaan isu itu dalam ucapannya.
Keprihatinan baginda dalam isu-isu alam sekitar terserlah apabila bermula tahun ini, baginda buat kali pertama telah melantik Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk membantu mempromosikan kempen memelihara alam sekitar.
Malah, baginda turut melantik pengarah beberapa agensi lain termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Perak,Jabatan Pertanian Negeri Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Yayasan Perak bagi membantu MAIPk memperkasakan ummah di negeri Perak.
"Kita boleh lihat dalam setiap ucapan baginda pelbagai isu telah disentuh dengan padat dan kritikal tetapi profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
"Baginda juga sangat cakna tentang isu-isu lain selain kepentingan agama Islam, iaitu tentang keterjaminan makanan, kebajikan golongan belia, kebajikan asnaf dan pelbagai isu lagi yang melibatkan kepentingan rakyat," katanya.
Pada 27 Okt tahun lepas, Majlis Raja-Raja sekali lagi melantik Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.
Pelantikan baginda itu merupakan kali ketiga selepas dilantik buat kali kedua pada 24 Jan 2019 untuk tempoh dari 31 Jan 2019 hingga 2023.
Sebelum itu, Sultan Nazrin telah pun menjalankan tanggungjawab sama bermula 2016 ketika Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Canselor (Pentadbiran dan Kewangan) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Prof Madya Dr Anas Md Yusof berkata pelantikan Sultan Nazrin yang juga Canselor USAS sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bakal memberikan impak yang sangat besar kepada universiti itu.
"Sultan Nazrin merupakan seorang sultan yang sangat mementingkan nilai ilmu dalam kehidupan, bahkan baginda menjadi contoh melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah. Dalam titah-titah Tuanku kepada rakyat, kepentingan ilmu sentiasa dititikberatkan baginda," katanya.
Di bawah naungan baginda, USAS menurut beliau, telah berkembang dengan pesat sebagai sebuah Institusi Pengajian Milik Kerajaan Negeri Perak yang menawarkan program-program pembelajaran daripada peringkat diploma sehingga Doktor Falsafah.
USAS kata Anas, juga terkenal dengan dengan program "World Conference of Islamic Thought" (WCIT) yang menghimpunkan pemikir Islam seluruh dunia di Perak bagi membincangkan pembangunan dan perkembangan masyarakat Islam.
"Pelantikan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong memberikan lebih banyak peluang kepada USAS untuk menjadi pemain industri pendidikan yang penting di arena kebangsaan dan juga antarabangsa," kata Anas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Sultan Nazrin disifatkan sebagai jenama ilmu berdasarkan latar belakangnya yang terpelajar. - Gambar/ Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat
Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.

Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malay

Al-Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16
Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Nazrin dilantik Timbalan YDP Agong untuk kali kedua
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat khas di Istana, hari ini.

Mesyuarat pilih Agong baharu hari ini
Kekosongan itu susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V mengikut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lalu, pertama kali terjadi dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Agong baharu bakal dipilih Khamis ini
Khamis, 24 Januari ini akan menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu.

YDP Agong ke-16 dipilih pada 24 Januari
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 akan diadakan pada 31 Januari ini.

Sultan Nazrin tamat tugas memangku YDP Agong
Keberangkatan pulang baginda berdua ke Istana Hinggap Perak di sini diiringi lambaian 500 pegawai dan warga kerja Istana Negara.

Majlis Agama Islam perlu berperanan sebagai dewan pemikiran, pentadbiran Islam - Sultan Nazrin
Majlis Agama Islam sewajibnya berfungsi sebagai sebuah Dewan Pemikiran dan Pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Yang di-Pertuan Agong.