KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Datuk Dr Suhaini Kadiman.
Penganugerahan itu disampaikan kepada beliau yang juga Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN) di Istana Negara, hari ini.
Dr Suhaini, 52, anak kelahiran Batu Pahat, Johor ketika ditemui selepas majlis itu berkata sebagai profesional perubatan, hasrat beliau adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
"Walaupun cabaran COVID-19 sejak kebelakangan ini begitu menguji kesabaran dan kesungguhan kami sebagai petugas barisan hadapan namun dengan sokongan masyarakat dan semua pihak kita dapat atasi cabaran ini," katanya yang berkhidmat selama 21 tahun di IJN.
Bagi aspek PAPISMA pula, Dr Suhaini berkata selain menggerakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pertubuhan itu juga membantu Keluarga Malaysia dari sudut psikososial serta kesihatan mental dalam fasa pemulihan negara.
]\
Selain beliau, enam individu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan bekas pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Datin Dr Paizah Ismail.
Turut menerima anugerah itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Syeikh Zakaria Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak Alwi Morshidi.
Penerima Anugerah Maulidur Rasul lain ialah Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd Ali Hassan Mohd Hassan, Pengasas dan Pengarah Pertubuhan Kebajikan Pondok Spiritual OKU Muslim (PONDOKU) Mohd Zaini Mat Abas serta bekas penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tawau Sabah Mohd Amin Nasir.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Datuk Dr Suhaini Kadiman menerima anugerah Tokoh Perdana pada Majlis Penganugerahan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1443H/2021M di Istana Negara hari ini. - BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malay