Kementerian Kesihatan Selasa melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan untuk berikrar menderma organ selepas meninggal dunia.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sehingga 31 Ogos, 2013, kementerian mendapati hanya 233,573 rakyat Malaysia berikrar untuk menderma organ mereka dan ia mewakili hanya 0.81 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
"Kesedaran pendermaan organ ini sangat penting kerana jumlah rakyat Malaysia yang kini masih menunggu untuk mendapatkan sumbangan organ berjumlah 16,945 setakat 31 Ogos tahun ini dan kebanyakannya adalah pesakit buah pinggang.
"Bagi tempoh yang sama, penderma tisu kadverik (bagi penderma yang telah meninggal dunia) turut mencatatkan jumlah yang rendah iaitu 432 orang sahaja. Secara keseluruhan jumlah keperluan organ oleh pesakit tidak seimbang dengan jumlah pendermaan organ dan oleh itu kementerian telah merangka Pelan Strategik Kesedaran Pendermaan Organ di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan laman web itu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Farida Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Subramaniam berkata kempen menggunakan media baharu menerusi laman web yang dilancarkan hari ini merupakan antara tindakan dalam Pelan Strategik Kesedaran Pendermaan Organ di Malaysia yang dijalankan oleh kementerian yang akan dijadikan sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendermaan organ.
"Kementerian telah mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, untuk mengecualikan semua caj hospital membabitkan rawatan kepada anggota keluarga penderma organ yang telah meninggal dunia.
"Ini bermakna setiap anggota keluarga kepada penderma organ yang meninggal dunia itu tidak perlu membayar sebarang caj di hospital kerajaan setelah proses pendermaan organ dijalankan," katanya.
Selain itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan kemudahan rawatan kelas pertama secara percuma kepada individu yang mendermakan organ mereka semasa mereka masih hidup termasuk mereka yang menderma sum-sum tulang atau darah untuk tujuan pemindahan sel stem darah dan kemudahan itu adalah untuk sepanjang hayat penderma berkenaan, kata Subramaniam.
Sehubungan itu, beliau berharap kempen yang dijalankan kementerian itu akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya pendermaan organ agar mereka yang memerlukannya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.
Bernama
Tue Sep 17 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Warga emas 83 tahun penderma organ tertua di Sabah
Selvaraju Shanmugam, 83, yang meninggal dunia pada 21 Jun lepas menjadi penderma organ tertua di Sabah apabila keluarganya mendermakan sepasang kornea mendiang bagi membantu dua orang pesakit.

Meninggal dunia: Organ pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun diderma
Keluarga Park Soo-Ryun menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.

Ikrar derma organ masih rendah di Kelantan - Dr Izani
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, angka itu masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Pendaftaran derma organ melalui MySejahtera mulai 6 Sept - Khairy
Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Organ, tisu individu meninggal akibat COVID-19 tidak boleh didermakan
Virus tersebut berisiko untuk menjangkiti penerima melalui organ dan tisu yang didermakan.

Kyal Sin diangkat sebagai 'Puteri Demokrasi Myanmar'
Pemergian seorang remaja berusia 19 tahun di Myanmar selepas ditembak pada kepala ketika menyertai demonstrasi antikudeta pada Rabu mengundang kesedihan masyarakat dunia.

Kes kebocoran data peribadi penderma organ masih dalam siasatan - KPN
Siasatan masih dijalankan susulan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ dalam talian oleh lowyat.net.

Kadar pendermaan organ di Malaysia amat rendah
Untuk pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ dan tisu di Malaysia adalah sekitar 0.6 pendermaan per sejuta penduduk.

Lebih 320,000 rakyat Malaysia sudah ikrar menderma organ
Kadar derma organ dan tisu di negara ini adalah 0.6 peratus pendermaan persejuta penduduk iaitu antara yang paling rendah di dunia.

Pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia masih rendah - Subramaniam
Kementerian Kesihatan Selasa melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my bagi meningkatkan kesedaran kepentingan menderma organ.