Sebanyak 320,062 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ atau pada tahap satu peratus daripada 30 juta penduduk negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata jumlah penderma organ itu berdasarkan data Pusat Sumber Transplan Nasional sejak tahun 1997 hingga November lepas.
Berdasarkan Global Obsevatory on Donation and Transplanation World Health Organization 2011, kadar derma organ dan tisu di negara ini adalah 0.6 peratus pendermaan persejuta penduduk iaitu antara yang paling rendah di dunia.
"Kadar pendermaan organ di negara ini adalah amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan. Sebagai contoh di Singapura sekitar lima persejuta penduduk, Australia (11.3 persejuta), United Kingdom (15.07 persejuta), Amerika Syarikat (25.49 persejuta) dan Sepanyol (34.35 persejuta).
"Seramai 19,518 pesakit buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru sedang menunggu pemindahan organ untuk meneruskan hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Roadshow Pendermaan Organ Siri 4/2015 di Klinik Kesihatan Alor Gajah di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan Datin Dr Fadhilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor.
Sementara itu, Lee berkata seramai 28 penderma organ berdaftar berjaya merealisasikan hasrat masing-masing untuk melakukan pendermaan organ atau tisu masing-masing selepas meninggal dunia antara Januari hingga November tahun ini.
"Secara keseluruhan 300 pendaftar organ meninggal pada tahun ini tetapi pemindahan organ dan tisu hanya berjaya dilakukan terhadap 28 daripada mereka disebabkan halangan daripada keluarga yang tidak dimaklumkan mengenai hasrat berkenaan, pendaftaran pengikrar gagal dikesan hospital serta pengikrar menghidap penyakit berjangkit seperti virus HIV," katanya.
Beliau berkata 40 penderma organ pula yang turut bukan merupakan pendaftar penderma organ yang sah tetapi pemindahan berkenaan berjaya dilakukan sepanjang tempoh sama tahun ini atas kebenaran keluarga selepas kematian mereka.
Dalam perkembangan lain, katanya program jelajah kempen pendermaan organ akan terus diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pendermaan organ terbabit dalam membantu mereka yang memerlukan.
Katanya 6,478 penderma organ mendaftar sebagai pengikrar baharu sejak Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 5,103 orang sepanjang tahun lepas.
Bernama
Fri Dec 11 2015

Menurut Lam Thye, kadar pendermaan organ di negara ini adalah amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan. - Gambar hiasan/AFP
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Warga emas 83 tahun penderma organ tertua di Sabah
Selvaraju Shanmugam, 83, yang meninggal dunia pada 21 Jun lepas menjadi penderma organ tertua di Sabah apabila keluarganya mendermakan sepasang kornea mendiang bagi membantu dua orang pesakit.

Meninggal dunia: Organ pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun diderma
Keluarga Park Soo-Ryun menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.

Ikrar derma organ masih rendah di Kelantan - Dr Izani
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, angka itu masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Pendaftaran derma organ melalui MySejahtera mulai 6 Sept - Khairy
Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Organ, tisu individu meninggal akibat COVID-19 tidak boleh didermakan
Virus tersebut berisiko untuk menjangkiti penerima melalui organ dan tisu yang didermakan.

Kyal Sin diangkat sebagai 'Puteri Demokrasi Myanmar'
Pemergian seorang remaja berusia 19 tahun di Myanmar selepas ditembak pada kepala ketika menyertai demonstrasi antikudeta pada Rabu mengundang kesedihan masyarakat dunia.

Kes kebocoran data peribadi penderma organ masih dalam siasatan - KPN
Siasatan masih dijalankan susulan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ dalam talian oleh lowyat.net.

Kadar pendermaan organ di Malaysia amat rendah
Untuk pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ dan tisu di Malaysia adalah sekitar 0.6 pendermaan per sejuta penduduk.

Lebih 320,000 rakyat Malaysia sudah ikrar menderma organ
Kadar derma organ dan tisu di negara ini adalah 0.6 peratus pendermaan persejuta penduduk iaitu antara yang paling rendah di dunia.

Pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia masih rendah - Subramaniam
Kementerian Kesihatan Selasa melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my bagi meningkatkan kesedaran kepentingan menderma organ.