KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan lebih US$340 juta yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di United Kingdom (UK) ditangguhkan.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menangguhkan pendengaran hari ini untuk memberi laluan kepada firma guaman, Clyde & Co LLP di United Kingdom mengesahkan sama ada mereka mahu menjawab dan mengemukakan afidavit berhubung dokumen yang disampaikan kepada mereka, atau sebaliknya.
Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed memberitahu Hakim Ahmad Shahir pihak pendakwaan telah menyampaikan dokumen berkenaan kepada tiga entiti asing yang disebut dalam permohonan itu, yakni Petrosaudi International Limited di Arab Saudi serta dua syarikat yang berpangkalan di London, Clyde & Co dan Temple Fiduciary Services Ltd.
"Kami telah menghubungi wakil National Crime Agency (NCA), Danial Murphy dan beliau mengesahkan bahawa kerajaan UK telah menyerahkan dokumen berkenaan kepada Clyde & Co pada 1 Oktober.
"Beliau turut menyampaikan pesanan mahkamah kepada Clyde & Co, bertanya sama ada syarikat itu berhasrat untuk memberikan maklum balas, tetapi sehingga kini kami belum menerima apa-apa jawapan dari mereka," kata Budiman semasa prosiding hari ini.
Budiman berkata syarikat itu telah mememaklumkan bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada mereka dan diterima oleh wakilnya, Sarah Wheatly.
"Setelah berbincang dengan pihak yang berkaitan dan demi keadilan, mungkin Clyde & Co perlu diberi waktu untuk memberikan maklum balas kepada permohonan itu, dan pihak pendakwaan akan berkomunikasi dengan NCA bagi mendapatkan maklumat terkini dari firma guaman," katanya.
Peguam Alex Tan dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili anak syarikat PSI dari Amerika Selatan, PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Ltd (PSOS-VZ) dan Tarek Obaid, masing-masing, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan.
Ahmad Shahrir kemudiannya menetapkan 22 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi pihak pendakwaan mengemas kini perkembangan berhubung maklum balas Clyde & Co.
Pada 16 Julai tahun lepas mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah interim bagi menyekat pihak berkenaan daripada memindahkan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di UK, ke entiti lain.
Perintah interim itu bagi mengekalkan status quo pihak-pihak terlibat sehingga selesai permohonan sekatan kerajaan yang memohon perintah untuk menyekat sebarang urusan mengenai wang milik PSI dan PSOS-VZ yang kini berada di akaun escrow yang dipegang oleh Clyde & Co LLP di UK.
Selain US$340 juta itu, kerajaan juga memohon wang tidak ditentukan yang disimpan di bawah nama akaun perantaraan, Temple Fiduciary Services Limited, di Barclays Bank, UK.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfpuaa) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) yang menamakan Tarek, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed memberitahu Hakim Ahmad Shahir pihak pendakwaan telah menyampaikan dokumen berkenaan kepada tiga entiti asing yang disebut dalam permohonan itu. - Gambar fail

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.