KUANTAN: Jualan ayam segar di sekitar bandar raya ini berkurangan menyebabkan bahan mentah itu habis dijual dalam tempoh dua jam pada Sabtu.
Tinjauan di pasar basah utama Pasar Besar Kuantan, Pasar Beserah dan Pasar Balok di sini mendapati kebanyakan kedai menjual ayam segar sudah kehabisan stok sebelum jam 10 pagi.
Peniaga ayam, Ali Akbar Othman, 50, berkata, kekurangan bekalan bahan mentah itu dikatakan berpunca daripada penternak yang tidak menghantar bekalan ayam kepada pembekal dan pemborong.
“Kami dimaklumkan ayam dari reban penternak tiada dan banyak kilang memproses ayam segar ditutup disebabkan bekalan tiada.
“Melihat bekalan ayam semakin kritikal, kami amat yakin dalam tempoh sehari dua lagi bahan mentah ini terputus.
“Macam hari ini, kami hanya berniaga hampir dua jam saja sebab ayam tidak banyak. Tapi pada waktu sebegini pelanggan semakin ramai datang untuk mendapatkannya,” katanya ketika ditemui Sinar Ahad di Pasar Balok di sini.
Ali juga sudah tidak mengambil tempahan daripada pelanggan seperti sebelum ini kerana bimbang tidak mampu memenuhinya.
“Kalau ada rezeki mereka boleh membeli dalam kuantiti banyak, kalau tidak mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong,” ujarnya.
Seorang lagi peniaga, Haslizawati Zakaria, 40, berkata, kekurangan bekalan menyebabkan ada yang tidak dapat berniaga seperti biasa.
Menurutnya, masalah bekalan ayam kali ini adalah antara yang paling kritikal terpaksa dilalui oleh peniaga ayam.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 22 2022

Ali Akbar sedang mengemas gerainya selepas 40 ekor ayam segar habis dijual dalam tempoh dua jam. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pendapatan penjual ayam segar terjejas teruk
Kekurangan bekalan bahan mentah itu dikatakan berpunca daripada penternak yang tidak menghantar bekalan ayam kepada pembekal dan pemborong.