KUALA LUMPUR :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan secara percuma buat golongan ibu tunggal dan belia di bawah kategori B40.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, inisiatif ini akan digerakkan di bawah agensi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Ujar beliau, pihak SSM akan merangka kaedah bersesuaian untuk memastikan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran tersebut, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan khasnya ketika pandemik COVID-19.
“Usaha SSM memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan belia dan ibu tunggal B40 ini bakal mencetus minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan itu untuk menceburi bidang perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin pada sidang perbahasan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menjelaskan lebih lanjut, kata beliau, inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan itu menjana pendapatan sampingan, malah bertujuan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Dalam pada itu, Alexander turut memberitahu bahawa pihak KPDNHEP melalui SSM akan terus mengkaji serta melaksanakan langkah proaktif bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Antara lain katanya, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar.
Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar golongan-golongan berkenaan memanfaatkan skim sedia ada yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.
“Golongan OKU disaran untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan oleh SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma.
“Selain itu, belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga boleh mendaftar perniagaan mereka secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, jelas beliau, lapan inisiatif sedang dilaksanakan KPDNHEP bagi menggerakkan sektor komuniti peniaga dan korporat yang terjejas bagi mengurangkan beban dan tekanan dihadapi sektor itu ketika ini.
"Antara inisiatif pertama SSM ialah melaksanakan tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir PKP untuk menyerahkan dokumen berkanun SSM di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu diserah simpan kepada SSM bermula 18 Mac hingga 30 September 2020 di mana fi lewat serah simpan akan dikecualikan.
"Selain itu, SSM juga memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 berikutan arahan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan mulai 9 November hingga 31 Disember 2020," ujarnya dalam sidang yang sama.
Nickyson Nyambar
Tue Dec 15 2020
Selain ibu tunggal dan belia B40, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar juga boleh memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma yang telah tersedia sejak beberapa tahun lalu. - Gambar fail
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Pendaftaran perniagaan percuma buat ibu tunggal dan belia B40
KPDNHEP menerusi agensinya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan merangka kaedah bersesuaian agar mereka dapat memanfaatkan skim tersebut.