Seorang pencuci kapal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Izwanuddin Kasim, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, di akhir pembelaan.
Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata tertuduh merupakan individu yang sentiasa berada dengan si mati sejak dari awal hingga akhir iaitu daripada pertengkaran di kawasan rumah si mati dan kemudian di luar sebuah restoran, di sini dan kemudian berada di dalam kereta sehingga si mati dibunuh dan mayatnya dibakar di sebuah kebun kelapa sawit di Batu Pahat.
Beliau berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri hanya bergantung kepada keterangan yang dikemukakan oleh seorang saksi pendakwaan yang sebelum itu, turut dituduh bersama-sama dengannya membunuh si mati.
"Walaupun tiada keterangan mana-mana saksi yang menyatakan tertuduh menikam mangsa, tetapi apa yang dilihat adalah keterangan mengikut keadaan iaitu di setiap lokasi kejadian dari Johor Bahru ke Batu Pahat, tertuduh berada bersama mangsa sepanjang masa.
"Selain itu, terdapat keterangan saksi yang menyatakan senjata buku lima yang mempunyai sebilah pisau lipat berada dalam pegangan tertuduh sepanjang kejadian sekali gus ia sepadan dengan keterangan pakar patalogi yang mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman di dada yang menembusi jantung oleh objek tajam," katanya.
Mohd Sofian berkata tertuduh juga dicamkan oleh saksi iaitu penjual petrol yang tertuduh ada membeli petrol daripadanya.
Izwanuddin bersama seorang lelaki warga Singapura, Noriskandar Zainal Yahya, didakwa membunuh Yong Boon Cheong, 54, di sepanjang Jalan Skudai, Danga Bay, Johor Bahru, antara 6 pagi dan 7 pagi, 4 Julai 2014.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, ketika perbicaraan yang bermula Mac 2015, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap Noriskandar mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana membantu melupuskan mayat dan lelaki itu kemudian dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh diwakili peguam Nor Shahid Abd Malek dan Mohd Salihin.
Seramai 28 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu dan tertuduh dilihat menangis sejurus hukuman dijatuhi terhadapnya sebelum ditenangkan beberapa rakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017

Pencuci kapal, Izwanuddin Kasim, dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah membunuh ahli perniagaan, Yong Boon Cheong, dengan menikam dan membakar mayat mangsa, tiga tahun lepas. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pencuci kapal dihukum gantung bunuh ahli perniagaan
Seorang pencuci kapal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan dengan menikam dan membakar mayat mangsa.