Sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Chung menjatuhi hukuman itu hari ini terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H. Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahaddahi, 63; Julham Rashid, 69; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.
Pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman mati.
Dalam penghakimannya, Chung berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti bahawa mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.
Beliau menegaskan orang paling utama dalam kes pencerobohan itu seperti Datu Agbimuddin Kiram dan 'Jeneral Musa' tidak dibawa ke muka pengadilan.
"Bukanlah tugas yang menyenangkan untuk menjatuhi hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
"Kesalahan ini menjejaskan dengan teruk kehidupan penduduk Kampung Tanduo dan mereka yang tinggal di kampung berhampiran, selain kaum keluarga anggota keselamatan yang terkorban," katanya.
Chung turut menjatuhi hukuman penjara 18 tahun masing-masing terhadap Salib Akhmad, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amir atas pertuduhan kedua menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, manakala empat orang lagi - Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio - yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun.
Hakim memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak dengan kesalahan pertama bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Turut disabitkan kesalahan menganggotai kumpulan pengganas ialah Timhar Hadil, 39, dan seorang rakyat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan diperintahkan supaya menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Chung turut mempertimbangkan pengakuan bersalah oleh warga Filipina Lin Mad Salleh, 50; Holland Kalbi, 50; dan Aiman Radie, 20, bagi kesalahan sama dan memerintahkan mereka masing-masing menjalani hukuman penjara 13 tahun bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Kesalahan menjadi anggota kumpulan pengganas tertakluk di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Dua lagi rakyat tempatan dalam kes itu yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bermula dari tarikh mereka ditangkap.
Pabblo Alie, 66, mengaku bersalah mencari harta bagi manfaat sebuah kumpulan pengganas atau bagi berlakunya sesuatu perbuatan pengganas, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 130G (c) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun jika disabitkan kesalahan.
Mohammad Ali Ahmad, 41, juga mengaku bersalah mencari atau memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan, yang juga membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, tertuduh wanita tunggal dalam kes itu, Norhaida Ibnahi, 49, warga Filipina, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh tangkapan kerana melindungi orang yang dia tahu merupakan anggota sebuah kumpulan pengganas.
Hukuman maksimum bagi kesalahan mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan ini adalah penjara seumur hidup.
Peguam Datuk N. Sivananthan, yang mewakili tertuduh warga Filipina, menyuarakan penghargaan kepada mahkamah oleh kerana anak guamnya, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dilepaskan daripada hukuman mati.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemukakan permohonan untuk merayu terhadap hukuman dan sabitan ke atas anak guamnya.
Dalam rayuannya, beliau menggesa mahkamah agar mempertimbangkan peranan anak guamnya dalam kes itu, dan menarik perhatian bahawa tiada bukti yang anak guamnya adalah orang kanan kepada dalang pencerobohan itu, Datu Agbimuddin dan 'Jeneral Musa', dalam tindakan pengganas berkenaan.
Sementara itu Ram Singh, seorang daripada peguam Mohammad Ali, berkata rayuan akan dikemukakan berkaitan hukuman terhadap anak guamnya, manakala peguam Abdul Gani Zelika yang mewakili Abdul Hadi, pula berkata beliau belum mendapat arahan daripada anak guamnya sama ada untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman ke atas Abd Hadi.
Peguam Putli Noor Asikin Datu Gulam, mewakili Pabblo, berkata rayuan tidak akan dikemukakan bersabit hukuman ke atas anak guamnya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah pendakwaan berhasrat untuk merayu terhadap keputusan mahkamah ke atas 11 tertuduh yang dilepaskan dan dibebaskan dalam kes itu.
Beliau menggesa mahkamah supaya mempertimbangkan kepentingan awam apabila menjatuhi hukuman, dan menyatakan bahawa kepentingan tertuduh tidak seharusnya mengatasi kepentingan serta keselamatan awam.
"Perbuatan keganasan kini adalah fenomena rentas negara dan suatu cabaran kepada negara bertamaddun. Ia adalah ancaman global.
"Kami (pendakwaan) berhujah bahawa Yang Arif harus menggariskan batasan antara kesalahan yang dianggap sebagai biasa dan bukan biasa dalam menjatuhi hukuman sewajarnya," katanya.
Mohd Dusuki juga berkata hukuman maksimum bukan sahaja menghalang bakal pesalah daripada melakukan kesalahan itu, tetapi akan turut menunjukkan keseriusan mahkamah dalam mengendalikan kesalahan itu.
Pendakwaan memulakan kesnya pada 6 Jan 2014 dengan 30 individu terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga lelaki tempatan, didakwa dengan pelbagai kesalahan yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Feb dan 10 April 2013.
Pendakwaan memanggil 166 saksi sepanjang 239 hari prosiding berlangsung yang berakhir pada 5 Jan tahun ini.
Pada 5 Feb, Chung memerintahkan 19 daripada 30 tertuduh supaya membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie.
Bernama
Tue Jul 26 2016

Anggota pasukan keselamatan bersama anjing pengesan membuat rondaan di sekitar Ibu Pejabat Penjara Pusat Kota Kinabalu yang dijadikan sebagai mahkamah sementara untuk kes perbicaraan pencerobohan Lahad Datu pada 5 Februari, 2016. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Syarikat konsesi terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.

Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.

Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.

Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.

Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.