Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan pengeluaran wang caruman melalui program i-Lestari secara dalam talian mulai 1 Mei ini.
Beliau berkata kaedah pengeluaran secara dalam talian lebih efisien dan selamat selain boleh diproses dengan lebih cepat dalam tiga hari bekerja berbanding kaedah lain iaitu menerusi e-mel atau pos yang perlu melalui proses semakan terperinci selain mengambil masa lebih lama.
Menurutnya, permohonan secara dalam talian itu juga boleh dibuat menerusi laman sesawang dan laman Facebook KWSP.
"Kaedah ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa sekarang.
"Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan kepada semua pencarum supaya tidak mudah terperangkap dengan mana-mana sindiket penipuan yang sentiasa berusaha mencari peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan daripada program i-Lestari ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan bermula 1 April.
Inisiatif diumumkan sebagai satu daripada langkah menangani impak penularan wabak COVID-19 itu dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta pencarum dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.
Abdul Rahim berkata agregat ini sudah tentu memberi kesan berganda kepada ekonomi negara khususnya sektor peruncitan, dan menurutnya, kaedah itu adalah yang terbaik dipilih hasil daripada perbincangan Majlis Tindakan Ekonomi dalam usaha menangani isu ekonomi negara.
Mengenai cadangan menggunakan kaedah percukaian bagi membantu B40, Abdul Rahim menjelaskan golongan B40 berpendapatan RM46,000 setahun atau RM3,833 sebulan dan berkeluarga dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Ini adalah inisiatif tambahan selain Bantuan Sara Hidup yang dilaksanakan kerajaan selama ini melibatkan 3.8 juta penduduk dengan peruntukan sebanyak RM5 billion setahun, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
ABDUL RAHIM: Kaedah ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa sekarang. - Gambar fail
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.
'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.
PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021
Kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.