"Cuba kau masuk kampung pedalaman," itu cabaran dilontarkan abang Veveonah Mosibin kepada dua Timbalan Menteri yang mendakwa adiknya berbohong demi meraih publisiti.
Menerusi muat naik status di Facebook peribadinya, Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.
"Kalau kau YB, turun padanglah. Masuk semua kampung pendalaman dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung. Baru kau tahu.
BACA: PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
BACA: 'Ini buli siber terhadap Veveonah' - Hannah Yeoh kecam tindakan dua Timbalan Menteri
"Bukan juga kau mau tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat. Kau YB, tanggungjawab mu itu terlalu besar.
"Bukan untuk menang dalam undian sahaja, sudah menang kau pilih yang kau suka saja," memetik luahan hati di Facebook milik Mekvin.
Bukan hanya masalah jaringan internet, Mekvin turut mendakwa masih terdapat kawasan yang tidak memiliki infrastruktur asas yang sempurna
BACA: Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
BACA: Dakwa Veveonah menipu: Zahidi dedah dapat maklumat daripada ahli Parlimen Kudat
"YB ke atau Timbalan Menteri, cuba kau masuk kampung pendalaman. Lai lai lai, mai mai mai, tapi jangan pilih kampung pula.
"Mesti seluruh tempat kekuasan mu itu, sampai lubang cacing kau datang turun padang.
"Cuba ambil pengalaman melayar internet di kampung pedalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri. Itu baru internet belum lagi bekalan air, bekalan elektrik," katanya.
Justeru, beliau menasihati kedua-dua wakil rakyat itu untuk tidak hanya menerima maklumat daripada orang bawahan tanpa turun padang dan melihat sendiri permasalahan yang dihadapi rakyat.
Semalam, Zahidi menjelaskan beliau menerima maklumat berkaitan Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet daripada Abd Rahim yang juga ahli Parlimen Kudat.
BACA: Dakwa Veveonah menipu: Pemimpin kerajaan tidak boleh kelihatan sombong - ILHAM Centre
Menurutnya, maklumat itu diterima selepas merujuk wakil rakyat di Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1, yang memaklumkan bahawa Veveonah merupakan seorang Youtuber selain pada hari tersebut tidak ada peperiksaan.
Beliau turut memberitahu, wakil rakyat terbabit mendapat tahu perkara itu daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi pelajar itu.
Astro Awani
Tue Sep 08 2020
Abang Veveonah Mosibin mencabar dua Timbalan Menteri yang mendakwa adiknya berbohong demi meraih publisiti untuk turun padang sendiri ke kawasan tersebut. - Foto Astro AWANI
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.
'Cuba kau masuk kampung pedalaman' - Abang Veveonah cabar dua Timbalan Menteri
Mekvin Mosibin mahu Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri turun sendiri ke perkampungan untuk melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana.
PRN Sabah: Anak muda Sabah seperti Veveonah adalah 'kingmaker'
Pengundi antara 21 hingga 40 tahun paling agresif, sukar dijangkakan, mudah bertukar pendirian, beremosi serta berani mengambil risiko.
Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri mendedahkan isu Veveonah Mosibin yang kontroversi sebelum ini adalah berdasarkan laporan pegawai lapangan di daerah berkenaan.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Kementerian Kewangan teliti cadangan rakyat berhubung Belanjawan 2021
Kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Decision to implement CMCO based on win-win situation - Abdul Rahim
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.