BEIJING: Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin menyifatkan perkembangan hubungan Malaysia-China sebagai di luar jangkaan.
Raja Nushirwan berkata beliau malah diplomat lain juga mungkin tidak menjangkakan bahawa hubungan kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak 30 tahun lalu mampu terus berkembang sehingga ke hari ini.
"Contohnya, perdagangan bilateral mencatat US$176.8 bilion pada tahun 2021, sekali gus menjadikan Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar bagi China.
"Mereka (para diplomat veteran lain) juga, saya rasa, akan terkejut sekiranya mengetahui bahawa pada 2019 terdapat 3.1 juta rakyat China yang datang ke Malaysia sebagai pelancong selain jumlah pelaburan yang dicatatkan pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Duta itu turut optimis hubungan kedua-dua negara akan terus kukuh pada masa depan.
"Pertama, Malaysia dan China merupakan negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang menggabungkan ASEAN dan lima negara lain menjadi pasaran bersama yang paling besar di dunia.
"Kedua, kita akan melihat kepada peningkatan atau penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), dan ia juga akan mengukuhkan hubungan antara Malaysia, China dan ASEAN," tambah beliau.
Beliau berkata jika dilihat dari segi politik, Malaysia dan China telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif pada 2013, dan ini ialah pencapaian yang amat signifikan.
"Jadi dengan pulihnya pergerakan aliran pelancong China ke Malaysia dan sebaliknya, saya optimis hubungan Malaysia-China akan menjadi lebih kukuh pada beberapa tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022

Raja Nushirwan optimis hubungan antara Malaysia dan China akan terus kukuh pada masa depan. - Gambar fail BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China
Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, menyumbangkan sebanyak 33 buah buku Bahasa Melayu terbitan DBP kepada SISU dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di republik itu.

Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta
Perdagangan bilateral mencatat US$176.8 bilion pada 2021, menjadikan Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar bagi China.