PANDEMIK COVID-19 memberi cabaran baharu kepada mereka yang terlibat dalam bidang sains, khususnya petugas kesihatan.
Dari waktu kerja yang tidak menentu sehinggalah kepada pengorbanan untuk meninggalkan keluarga, semuanya dilakukan demi memastikan perkhidmatan kesihatan negara tidak terjejas.
Namun, di sebalik cabaran tersebut, penglibatan wanita dalam bidang sains tidak boleh disangkal.
Bagi Pakar Mikrobiologi Klinikal dan Ketua Unit Kawalan Infeksi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr Sharifah Azura Salleh, paling penting adalah jangan menganggap bidang sains dan perubatan sebagai susah dan membebankan.
“Kakitangan kesihatan ini keistimewaan dia ialah penat macam mana pun, kebajikan pesakit sentiasa lebih tinggi daripada diri sendiri dan juga keluarga… Itu memang dari asal (sikap) yang dimiliki petugas kesihatan.
“Jadi bila perlu kerja lebih atau tak dapat cuti, memang akan dengar mereka penat tetapi tak pernah mereka tidak datang kerja.
“Tak perlu disuruh mereka tetap akan hadir dan ini adalah satu kelebihan yang tidak dapat dinafikan, tak kira di hospital kerajaan ataupun swasta,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Beliau berkata demikian sempena Hari Antarabangsa Wanita Dalam Sains yang disambut pada 11 Februari.
BACA: Kurang 30 peratus saintis wanita seluruh dunia, persekitaran lebih kondusif diperlukan
Sambutan kali keenam pada tahun ini diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara maya, bertemakan ‘Menjangkaui Sempadan: Kesamarataan Dalam Sains Kepada Masyarakat’.
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perubatan, Dr Azura, 49, akui wanita berdepan cabaran berganda sejak zaman belajar sehingga ke alam pekerjaan.
Bagaimanapun, anak bongsu kepada empat beradik itu menyifatkan semangat juang yang dimiliki membuktikan kaum wanita mampu menyeburi dan berdiri setaraf kaum lelaki dalam sains perubatan.
“Kalau kita tengok semakin ramai pelajar perubatan dan doktor-doktor yang dah lulus adalah dari kalangan wanita.
“Ini mungkin antara minat ataupun kebolehan mereka untuk menghabiskan (pengajian perubatan). Sebab kita tahu pelajaran untuk kesihatan ini berat untuk menghabiskan, tidak kira sama ada mahu menjadi jururawat, doktor atau bahagian makmal mahupun bahagian rawatan kecemasan.
“Itu cabaran sebagai wanita sebab semasa belajar pun berat, bekerja pun berat. Namun, ramai yang dapat menghabiskannya dan ramai yang meneruskan pekerjaan dalam bidang kesihatan,” ujarnya lagi.
Mengimbau kenangan ketika mula-mula mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University College Cork, Ireland, Dr Azura berkata ibunya antara individu yang “menentang” cita-cita beliau itu.
Ibu mana yang tidak mempunyai perancangan untuk masa depan anak mereka, begitu juga Dr Azura apabila insan yang melahirkannya itu mahukan beliau menjadi seorang pendidik.
“Namun, sekarang ibu sayalah yang menjadi penyokong kuat, memberi semangat… Malah, sangat memahami tugas yang saya pikul dan beban kerja saya,” katanya dalam nada gembira.
Justeru, Dr Azura yang juga Pensyarah Perubatan Kanan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata minat dalam bidang sains perlu diterap sejak dibangku sekolah, selain persepsi bahawa bidang tersebut adalah susah perlu dihapuskan.
Pada hujung tahun lalu, Dr Azura antara yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendaftaran, Logistik, dan Pembangunan Vaksin COVID-19.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 12 2021
Pada hujung tahun lalu, Dr Azura (tengah) antara yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendaftaran, Logistik, dan Pembangunan Vaksin COVID-19 - Foto Dr Sharifah Azura
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
'Penat macam mana pun, kebajikan pesakit sentiasa lebih tinggi daripada diri sendiri'
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perubatan, Dr Azura akui wanita berdepan cabaran berganda sejak zaman belajar sehingga ke alam pekerjaan.
Tingkatkan kepimpinan wanita dalam bidang sains kepada 40 peratus - Dr Jemilah
Dr Jemilah menambah insentif bagi bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu ditingkatkan dalam kalangan murid-murid perempuan.
Kurang 30 peratus saintis wanita seluruh dunia, persekitaran lebih kondusif diperlukan
Dr Chai Lay Ching berpandangan isu kesamarataan gender dalam bidang sains di Malaysia sudah semakin boleh diterima.