"Penat mencuci rumah Isnin lepas masih belum hilang, tengah malam tadi rumah makcik sekali lagi dinaiki air berserta dengan lumpur," kata Jasimah Mohamad, 65, yang merupakan salah seorang penduduk Kampung Kuala Semantan, di sini.
Dalam kejadian terbaharu pada 12.30 tengah malam Khamis, rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari Sungai Lipis dinaiki air sehingga paras lutut setelah hujan lebat sejak 5 petang semalam.
"Dalam seminggu ini dah dua kali rumah makcik dinaiki air, barang dan perabot semasa banjir Ahad lepas pun tak sempat kemas lagi," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Jamek Kuala Semantan pada Jumaat.
Beliau merupakan antara 31 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di situ, berikutan kediaman mereka yang kebanyakannya berhampiran Sungai Lipis dinaiki air dengan ada antaranya mencecah sehingga ke paras dada orang dewasa.
Bagaimanapun, Jasimah bersyukur kerana tidak banyak perabot dan barang elektrik yang rosak dalam kejadian banjir kali ini kerana kebanyakannya masih berada di tempat tinggi.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu Rahim Mat Ali, 37, berkata pada tahun ini sudah tujuh kali kampung mereka dilanda banjir.
"Daripada jumlah itu, tiga kali kami terpaksa berpindah setelah paras air Sungai Lipis melimpah. Kalau hujan lebat sejam atau dua jam, sudah pasti rumah kami akan dilanda banjir.
"Walaupun sebenarnya penat berhadapan situasi seperti ini lagi, nak buat macam mana, di sinilah rumah kami, mahu atau tidak terpaksa juga menghadapinya," kata beliau.
Beliau berkata air mula memasuki rumahnya pada 11.30 malam tadi dan beliau memuji tindakan pantas pihak berkuasa yang memindahkan penduduk kampung terjejas dengan kejadian banjir, sekali gus dapat mengelak kejadian tidak diingini.
"Alhamdulillah...makanan pun mencukupi, tidak perlu berebut-rebut seperti diceritakan dalam kalangan mangsa banjir sebelum ini," katanya.
Untuk rekod, ini kali kedua Raub dilanda banjir dalam tempoh seminggu selepas kali pertama pada 2 hingga 5 Dis lalu, menyaksikan tiga PPS dibuka, di Kampung Melayu Cheroh, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kuala Semantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Rumah Jasimah yang terletak kira-kira 50 meter dari Sungai Lipis dinaiki air sehingga paras lutut setelah hujan lebat sejak 5 petang semalam. -Gambar hiasan
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Penat cuci rumah belum hilang, kediaman sekali lagi dilanda banjir
Rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari Sungai Lipis dinaiki air sehingga paras lutut setelah hujan lebat sejak 5 petang semalam.