ALOR SETAR: Seorang penarik kereta didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk pistol bersama peluru hidup dan pistol tiruan pada 27 September lalu.
Tertuduh, Hendrawan Aswan, 34, mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Colts MK IV 70 Automatic Caliber berwarna perak dengan menyalahi undang-undang.
Perbuatan itu dilakukan dalam sebuah kereta Proton Persona Proton Saga BLM di hadapan rumah No 476, Jalan Desa Bayan 14, Taman Desa Bayanmas Bukit Kayu Hitam, pada jam 1.30 petang 27 September.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (PLB) Penalti Lebih Berat 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa memiliki lima biji peluru jenis A USA 45 Auto yang disembunyikan di belakang katil di dalam bilik tidur di dalam rumah di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan ketiga Hendrawan didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenama 18C Tactical 9X19 berwarna hitam bersama satu kelopak pistol WE Tactical buatan Taiwan berisi dua butir peluru bebola besi diletakkan di dalam almari di ruang tamu rumah.
Bagi kesalahan itu dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dimana hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syifa Mohd hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Nur Syifa tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana memiliki sepucuk pistol menyalahi undang-undang.
Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 13 2022
Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Foto Astro AWANI
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Ugut bunuh anggota polis, penarik kereta mengaku tidak bersalah
Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap anggota polis menerusi panggilan telefon pada tahun lalu.