Setelah pihak pembelaan selesai membuat penggulungan hujah dalam prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi, sepatutnya giliran barisan pendakwaan mula membentangkan hujah mereka bermula jam 2.15 petang tadi.
Begitupun, peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta mahkamah menangguhkan sesi tersebut atas beberapa sebab.
“Pertama, semua hujah bertulis yang dikemukakan pihak perayu diberikan kepada saya pada hari Selasa (kelmarin) sedangkan ia sepatutnya diberikan dua minggu sebelum prosiding.
“Kemudian, mereka juga membuat permohonan pemindaan petisyen rayuan secara tergesa-gesa dan kami (pendakwaraya) tidak membantah,” ujar Muhammad Shafee.
Walau bagaimanapun, menurutnya, petisyen rayuan tersebut merangkumi perkara-perkara baharu dan notis awal tidak diberi kepada pihak pendakwa.
“Oleh sebab itu semua, kami meminta supaya pihak diberi lebih masa supaya kami dapat menyediakan hujah balas seterusnya membantu mahkamah dengan lebih efektif,” jelas beliau.
Barisan pendakwaan yang terdiri daripada tiga peguam pendakwa sudah menyediakan senarai hujah yang kesemuanya bakal dibentangkan oleh Muhammad Shafee.
Ia terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu yang pertama meliputi pelbagai isu yang telahpun disediakan jauh lebih awal. Kedua pula adalah penghujahan tentang isu kritikal yang disifatkan sebagai balasan yang dijangka daripada pihak pendakwa.
“Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk menawarkan penghujahan kerangka yang membantu pihak mahkamah membuat carian hujah lengkap di dalam dua jilid penghujahan pihak pendakwaan,” jelas Muhammad Shafee bagi menjawab persoalan tentang keterbatasan masa dalam sesi pembentangan.
Kata beliau, secara keseluruhannya, pihak pendakwaan mahu memulakan hujah dengan penyampaian butiran fakta dalam kes tersebut. Ia disusuli penjelasan berdasarkan perkara-perkara baharu yang ditimbulkan oleh peguam pembelaan, Ramkarpal Singh.
“Isu DNA akan saya khususkan dalam bahagian penghujahan akhir,” kata Muhammad Shafee.
Prosiding akan disambung pada esok pagi dan kemudian diteruskan pada hari Isnin.
Hamzah Hamid
Thu Oct 30 2014

Muhammad Shafee menyediakan dua jilid penghujahan pendakwaan yang akan mula dibentang esok. - Gambar fail
Lawatan rasmi: Mohamad lawat Iran tiga hari
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Republik Islam Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.
Lawatan rasmi: Anwar lawat Vietnam dua hari - Wisma Putra
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Vietnam bermula hari ini dan dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025, menurut kenyataan Wisma Putra.
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
Agong beri perkenan 6 akta diluluskan parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan enam akta yang diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.
“Mesti lakukan sesuatu segera” - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan RUU pembangunan semula bandar memberi jaminan hak penduduk kekal dengan menaik taraf bangunan tempat tinggal.
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.