Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri Kabinet baru-baru ini tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengikut undang-undang.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata penahanan yang bertujuan untuk membantu siasatan itu diputuskan pasukan penyiasat PDRM dan mereka berhak memanggil atau menahan mana-mana individu untuk tujuan itu.
"Saya tidak akan memberi satu laluan sesuka hati (kepada polis) di mana mereka bertindak sesuka hati atau menganiaya orang.
"Saya tidak melihat penahanan ini tidak adil... ini semua tuduhan politik dan saya tidak mahu terlibat dengan polemik politik mana-mana pihak baik dalam kerajaan atau di sebelah sana," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) ke-90 tahun 2019 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Politik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak semalam yang mempersoalkan penahanan remannya berkaitan kes video intim tersebut sebagai tidak adil.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pihaknya menggesa semua pihak memberi ruang kepada PDRM menjalankan siasatan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan dan segala tindakan yang dilakukan atau diputuskan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
"Saya tidak cakap siasatan sedia ada muktamad kerana ia masih berjalan... setiap tindakan perlu dilakukan mengikut langkah demi langkah tanpa tekanan sesiapa," katanya.
Beliau berkata kertas siasatan yang lengkap nanti akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, katanya beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menuduh beliau sebagai seorang 'penipu' berhubung siasatan kes penyebaran video seks tersebut dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Semua pihak boleh mengeluarkan apa sahaja kenyataan berhubung isu ini tetapi saya tidak dapat menerima tuduhan mengatakan sebagai ketua polis negara menipu," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, terdahulu Abdul Hamid berharap kerajaan dapat menyegerakan penyelarasan elaun pegawai dan anggotanya sama seperti kakitangan dalam perkhidmatan awam lain antaranya elaun perumahan, Bayaran Insenstif Tugas Am dan kenaikan gaji tahunan.
Katanya sebagai pasukan yang istimewa daripada segi undang-undang, PDRM sepatutnya diberikan pengiktirafan untuk menikmati elaun tertentu sama seperti kakitangan di jabatan atau agensi kerajaan lain.
"Kalau guru dan perkhidmatan kesihatan yang bertugas contohnya di Pantai Timur Sabah, mereka menikmati elaun begitu tinggi sedangkan anak buah saya yang menjaga keselamatan sama-sama susah mendapat hanya 10 peratus daripada gaji mereka dan perkara ini telah dibangkitkan pada Jabatan Perkhidmatan Awam dan setakat ini mereka begitu sensitif dan bersetuju dengan tuntutan tersebut," katanya.
Beliau berkata pihaknya memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan sekiranya penyelarasan itu dilakukan kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar namun sekurang-kurangnya ia dapat dilakukan di peringkat anggota polis berpangkat rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2019

Abdul Hamid (tengah) ketika hadir pada majlis Perasmian Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Ke-90 di Melaka, 24 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.