KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Luar Isnin ini berhubung perbuatan kejam tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata surat itu antara lain menggesa seluruh negara Islam bersatu padu menentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel.
"Kita juga memohon Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak daripada membiarkan mereka terus menzalimi dan menyakiti saudara kita di Palestin," katanya selepas himpunan Solidariti Pemuda UMNO Bersama Palestin di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau berkata himpunan itu diadakan untuk 'menghantar mesej' kepada rejim Israel bahawa tindakan menzalimi rakyat Palestin turut memberi kesan kepada negara Islam yang lain.
Muhamad Akmal berkata bendera Israel turut dibakar pada himpunan itu sebagai simbolik menentang kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sekali gus menyatakan Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata pihaknya menempatkan pegawai bagi memantau himpunan itu dan tiada sebarang insiden kekecohan dilaporkan.
Rabu lepas, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan menyerang jemaah Palestin.
Dalam perkembangan terbaharu, Israel hari ini melancarkan serangan udara di Lubnan, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Para Pemuda UMNO membakar bendera negara Israel pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.