KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas mencadangkan semua yang terbabit dalam isu dakwaan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, direhatkan sehingga siasatan selesai.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi memastikan ketelusan dalam siasatan serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Isu tersebut dilihat boleh menjejaskan kredibiliti serta komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah dan memperkukuhkan integriti yang sedang diusahakan kini.
BACA: Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
BACA: Nasi sudah jadi bubur, penjelasan Azam Baki dan LPPR sukar diterima - Walter Sandosam
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
“Pemuda Pas memandang serius isu ini dan ia menjadi suatu kewajipan kepada pihak kerajaan terutama kepada pimpinan Perdana Menteri untuk mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas dan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, Pemuda Pas percaya perkara itu penting bagi menangkis persepsi buruk kepada kerajaan dan negara selain memastikan integriti terus terpelihara.
“Semoga Malaysia sentiasa dipelihara Allah SWT dan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dengan amanah dan berintegriti,” ujarnya.
Sementara itu, Ahmad Fadhli dalam Facebooknya menyatakan beliau menghormati Azam dan menyimpulkan bahawa beliau seorang mahir dengan selok belok urus tadbir sesuai dengan kedudukannya.
“Bagaimanapun dalam isu terkini ini, saya berpandangan adalah baik untuk beliau bercuti rehat memberi laluan kepada siasatan untuk membersihkan nama beliau.
“Insya-Allah saya berharap agar beliau dapat kembali bertugas dengan nama yang bersih daripada segala tohmahan,” katanya.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memanggil Azam berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.
Menurut SC, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan, atau atas nama penama yang diberi kuasa.
Ia menambah, Seksyen 29(a) Akta yang sama juga menetapkan bahawa semua urus niaga dalam sekuriti hendaklah hanya dilaksanakan oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama yang diberi kuasa.
Astro Awani
Thu Jan 06 2022
![Pemuda Pas cadang Azam Baki direhatkan hingga siasatan selesai Pemuda Pas cadang Azam Baki direhatkan hingga siasatan selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636259054_Hentibertekateki.jpg)
Ahmad Fadhli berkata, tindakan itu wajar bagi memastikan ketelusan dalam siasatan serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. - Gambar fail/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki
Siasatan dakwaan pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor membabitkan syarikat milik suami Hannah Yeoh dijangka siap dalam tempoh terdekat.
![Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
Siasatan kes pempengaruh seleweng dana derma awam hampir lengkap - Azam Baki
Siasatan dakwaan penyelewengan dana derma awam berjumlah RM3 juta oleh pasangan pempengaruh dan dua individu lain hampir lengkap.
![SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol
SPRM Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.
![Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Pegawai kanan SPRM bebas pertuduhan beri maklumat palsu kepada JAIS
Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan denda RM1,500 seorang pegawai kanan SPRM kerana memberi maklumat palsu berkaitan identitinya kepada JAIS semasa serbuan khalwat pada 2017.
![Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019 Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Guru besar mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu BAP 2019
Seorang guru besar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung Bayaran Bantuan Awal Persekolahan.
![Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000 Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723523335_GuruAbdulAzizHusi.jpg)
Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000
Seorang guru mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM33,870.10 kepada SPRM.
![SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/81504673595_BajuLokap.jpg)
SPRM tahan empat termasuk pengarah, timbalan pengarah jabatan
Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek.
![SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723279019_TBSPRM.jpg)
SPRM anjur Program Inisiatif Pencegahan Rasuah melalui pemerkasaan amalan perakaunan dan pengauditan
SPRM menganjurkan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan bagi memerangi jenayah kewangan.
![SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723219416_TBSELEWENG.jpg)
SPRM tahan tiga individu disyaki seleweng dana syarikat
SPRM menahan reman tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) kerana disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam.
![Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723194220_TBJAZLAN.jpg)
Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera
Ahmad Jazlan menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjual kilang Felcra kepada syarikat bukan Bumiputera dan bersedia disiasat mengenainya.