KAJANG: Seorang pemuda berumur 20 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.
Kelindan lori, R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan dengan mengacu pisau hingga mendatangkan ketakutan kematian di sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Asa Jaya, di sini jam 4 petang, 15 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang akan ditetapkan mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar kadar itu dikurangkan.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mazuliana membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
"Syarat-syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya.
Mahkamah menetapkan 7 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat, pihak polis menahan seorang pemuda selepas mangsa membuat laporan dan mendakwa dirogol di sebuah rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023

Kelindan lori, R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.

Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri
Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas L Dewi dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.

Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.

Pemuda didakwa rogol wanita warga emas
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.

Kelindan lori didenda RM12,000 hina Islam di Facebook
Seorang kelindan lori didenda RM12,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.

Edar dadah: Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati dan penjara terhadap kelindan lori
Banyak bukti yang menunjukkan Santanasamy mempunyai jagaan dan kawalan dadah tersebut.

Kelindan lori mengaku ugut bunuh, maki polis
Seorang kelindan lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan ugutan bunuh serta menghina polis, melalui panggilan telefon, Disember lalu.

Kelindan maut tercampak dalam nahas dua lori kontena di Lebuhraya PLUS
Mangsa dikatakan tercampak selepas lori kontena dinaikinya dipercayai terlanggar bahagian belakang kenderaan di hadapan.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.