Gara-gara menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, seorang pemuda berusia 24 tahun cedera dipukul tujuh individu di sebuah kedai makan di Jalan Berangan, Kluang, dekat sini, Isnin lalu.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu turut mengakibatkan ibu bapa mangsa serta teman wanitanya bersama bayi lelakinya berusia setahun cedera masing-masing di mata, kepala, muka dan bahagian hidung.
Pemuda berkenaan pula mengalami bengkak di mata kanan, retak di lengan kiri dan lebam di beberapa bahagian akibat dipukul menggunakan kayu cota.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati makan malam bersama keluarganya dan teman wanitanya.
Mereka kemudian secara tiba-tiba didatangi enam lelaki dan seorang wanita yang terus memukul mangsa, bapanya dan teman wanitanya.
Tidak cukup dengan itu, suspek juga cuba memisahkan wanita berkenaan hingga mengakibatkan kecederaan pada hidung kanak-kanak terbabit, sebelum suspek bertindak membawa lari mangsa, teman wanitanya dan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.
Bagaimanapun, susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, polis telah berjaya menangkap enam daripada suspek berusia antara 16 hingga 53 tahun di sebuah rumah di Taman Melodies, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam. Seorang lagi suspek pula masih bebas.
Polis turut merampas sebatang kayu cota yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dalam serbuan di rumah berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah keluarga yang mana kesemua suspek merupakan anggota keluarga isteri mangsa yang tidak berpuas hati terhadap keluarga mangsa kerana membenarkan mangsa mempunyai hubungan dengan teman wanitanya yang juga isteri orang yang masih dalam proses penceraian.
"Isterinya itu berniat mahu memisahkan hubungan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Mohamad, kesemua mangsa telah dibawa Hospital Enche Besar Hj Kalsom, Kluang untuk rawatan manakala suspek pula direman selama seminggu mulai semalam.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325/324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2017

Mangsa sedang menikmati makan malam bersama keluarganya dan teman wanitanya sebelum secara tiba-tiba didatangi enam lelaki dan seorang wanita yang terus memukul mereka. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Pemuda dibelasah gara-gara cinta terlarang
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu turut mengakibatkan ibu bapa mangsa serta teman wanitanya bersama bayi lelakinya berusia setahun cedera masing-masing di mata, kepala, muka dan bahagian hidung.

Tiga termasuk pelajar maut, kereta dinaiki bertembung dekat Kluang
Tiga termasuk seorang pelajar perempuan dan pembantu guru tadika maut apabila kereta dinaiki bertembung di KM18 Jalan Kluang-Teck Wah Heng.