PUTRAJAYA: Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus sebulan seperti yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia sejurus rombakan Kabinet yang diumumkan beliau dengan lantikan lima menteri baharu hari ini.
“Pemotongan 20 peratus gaji diteruskan, melainkan Perdana Menteri tidak ada potongan, sebab (Perdana Menteri) tidak ada gaji,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini.
Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Beliau berkata langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.
Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan hari ini.
Mereka adalah Gobind Singh Deo (Digital), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kesihatan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Perladangan dan Komoditi), Steven Sim (Sumber Manusia) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Kewangan II).
Fahmi Izuddin
Tue Dec 12 2023

Anwar menunjukkan senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.

Pemotongan 20 peratus gaji menteri diteruskan - PM Anwar
Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

'Rider' Foodpanda menangis dakwa dizalimi syarikat akibat gaji dipotong
Seorang penghantar makanan Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa telah dizalimi oleh syarikat berkenaan berhubung soal pembayaran gaji.

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu gaji menteri turut dipotong
Adakah hanya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji? Bagaimana pula dengan jemaah menterinya nanti?

PRU15: Jika saya dilantik PM, saya akan potong gaji, elaun PM - Anwar
Katanya, keputusan itu dibuat susulan keadaan ekonomi yang didakwa semakin mencengkam rakyat di pelbagai peringkat.

MB, Exco juga patut potong gaji
Potong gaji Menteri Besar dan Exco ini bukan penyelesaian holistik, namun mereka perlu menunjukkan teladan yang baik.

Sifar kos: Kuota majikan yang potong gaji pekerja asing akan ditamatkan - Saravanan
Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos membawa masuk mereka ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti, elak gaji, elaun pekerja dipotong - MTUC
Ada industri yang relevan bekerja empat hari seminggu dan ada sektor yang tidak relevan kerja empat hari seminggu.

Patuhi arahan mahkamah potong gaji pekerja culas bayar nafkah
Langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah penceraian.

Lukaku sedia potong gaji untuk kembali ke Inter
Lukaku menerima kecaman selepas hanya melakukan tujuh sentuhan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.