KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos membawa masuk mereka ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata mana-mana majikan yang membawa masuk pekerja asing perlu menanggung semua kos termasuk penginapan dan penerbangan iaitu sifar kos bagi pekerja asing.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak boleh campur tangan dalam sebarang urusan yang melibatkan ejen di negara sumber.
"Majikan jangan mula-mula tanggung kos, selepas itu potong gaji pekerja. Jika ada aduan daripada pekerja melalui aplikasi digital Working For Workers' (WFW), kita akan tamatkan kuota mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.
Sementara itu, Saravanan menafikan dakwaan kononnya terdapat protes oleh agensi pekerjaan di Bangladesh ketika mengetuai delegasi kementerian itu bagi mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Bangladesh di Dhaka semalam.
Sebaliknya, Saravanan berkata ketibaan beliau disambut baik dan berjaya mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil mengenai kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.
"Saya berjumpa dengan empat menteri Bangladesh termasuk Perdana Menteri Sheikh Hasina dan secara dasar kami bersetuju untuk membawa masuk pekerja Bangladesh untuk beberapa sektor seperti perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan," katanya.
Saravanan juga bertemu rakan sejawatannya, Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed pada mesyuarat JWG itu.
Semalam, media melaporkan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) mengadakan protes terhadap pendirian Malaysia yang hanya membenarkan 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA).
Saravanan berkata Malaysia masih berpegang kepada pendirian membenarkan 25 BRA dalam pengambilan pekerja baharu ke negara ini dan kementerian itu telah menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti dan memperhalusi 1,520 permohonan ejen negara berkenaan, sekali gus memilih 25 BRA.
Mengenai kelewatan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia, Saravanan menjelaskan kemasukan mereka yang sepatutnya pada 31 Mei lepas terpaksa ditunda kerana menteri yang bertanggungjawab di Indonesia mempunyai urusan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Sukarelawan ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, JAKIM dan JKM hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sifar kos: Kuota majikan yang potong gaji pekerja asing akan ditamatkan - Saravanan
Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos membawa masuk mereka ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.