KOTA KINABALU: Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kimanis dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, kata Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob.
Beliau berkata langkah itu memerlukan perancangan teliti, justeru QSB telah membuat kajian serta laporan lengkap mengenainya yang dibentangkan kepada Unit Perancangan Ekonomi negeri Sabah (UPEN) sebelum dibawa ke peringkat kabinet negeri.
"Pandangan UPEN positif, cuma keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan. Tetapi pada masa yang sama akan banyak lagi koordinasikan yang perlu dilaksanakan, antaranya dengan Syarikat Berjaya Land Berhad, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Berhad," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri Julai tahun lepas, Hajiji dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kos kewangan kepada syarikat Berjaya Land Berhad (BLB) untuk menjalankan kajian terperinci mengenai cadangan pembangunan LTAKK baharu di Kimanis.
Hajiji turut dilaporkan berkata anak syarikat kerajaan negeri iaitu QSB juga tidak membayar sebarang kos untuk terlibat dalam menjalankan kajian berkenaan.
Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini serta beberapa pihak yang berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata mereka menghargai rancangan itu sebagai visi jangka masa panjang Sabah dan ia bukan hanya untuk membina lapangan terbang semata-mata tetapi juga untuk meluaskan lagi pembangunan Kota Kinabalu.
Katanya pemindahan LTAKK ke Kimanis akan mewujudkan pembinaan beberapa perkhidmatan sokongan seperti pembinaan pusat latihan aeroangkasa, pusat pembaikan kapal terbang selain membangunkan bandar raya baharu iaitu bandar raya lapangan terbang di kawasan seluas 15 ribu hektar.
"Pembinaan LTAKK itu juga tidak akan mengganggu kawasan yang juga menempatkan Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis," katanya sambil menambah kos pembinaan LTAKK akan dibiayai pelabur-pelabur daripada syarikat swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

QSB telah membuat kajian serta laporan lengkap mengenainya yang dibentangkan kepada UPEN sebelum dibawa ke peringkat kabinet negeri. -Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.

Pemindahan Lapangan Terbang KK ke Kimanis ambil masa lima tahun - QSB
Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kimanis dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, kata Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob.