KUALA LUMPUR: Jasa dan pengorbanan golongan pendidik yang banyak melahirkan individu berjaya sentiasa dihargai oleh semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara.
Bertemakan "Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI", ucapan Selamat Hari Guru buat insan luar biasa ini mencurah-curah di laman sosial antaranya daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri.
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pendidik dan berharap semoga ilmu yang dicurahkan oleh guru menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.
"Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi turut memetik sajak "Guru oh Guru" oleh Usman Awang bagi menggambarkan pengorbanan dan jasa insan bergelar guru.
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa; Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta; Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara; jika hari ini seorang ulama yang mulia; jika hari ini seorang peguam menang bicara; jika hari ini seorang penulis terkemuka; jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa; dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca," katanya.
Menurutnya, beliau berada di tempatnya sekarang kerana didikan mereka yang bergelar guru serta mengucapkan terima kasih kepada guru yang pernah mendidiknya dan anak-anaknya serta seluruh guru di Malaysia.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula berkata peranan guru bukan sahaja mendidik, malah menumbuhkan jati diri anak didik sehingga mampu mendepani kehidupan dengan cekal dan berani.
Beliau berkata banyak perkara yang dipelajari dan diinsafi berikutan perjumpaannya dengan ramai golongan pendidik di seluruh negara menerusi pelbagai program.
"Cikgu-cikgu yang baik budi, dengan rendah hati saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat insan-insan istimewa yang sentiasa menyuburkan jiwa-jiwa yang merdeka," katanya.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengucapkan terima kasih untuk ilmu dan jasa guru dalam mendidik masyarakat.
"Tanpa kalian, siapa lah kami. Selamat Hari Guru!" katanya.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pula berkata peranan insan bernama guru terlalu berat dan sarat dengan amanah dalam mendidik anak bangsa kerana mereka yang bertanggungjawab "memanusiakan" insan.
"Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru saya di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim, MRSM Kota Bharu, MRSM Seremban dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Tidak dilupa juga, ibu bapa, para doktor senior serta rakan-rakan yang banyak mengajar saya erti untuk hidup dan berbakti," katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru di seluruh Malaysia yang berkorban seluruh tenaga untuk melahirkan generasi progresif, berakal budi dan berdaya maju demi negara yang lebih cemerlang.
"Guru merupakan insan penting dalam melahirkan generasi yang cemerlang. Mereka bukan sahaja mengajar ilmu duniawi tetapi turut menerapkan nilai kasih sayang, budi pekerti dan ihsan dalam kehidupan," kata Salahuddin.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh guru di Malaysia bersama dua rangkap pantun berbunyi;
"Penat bertanam berhenti dahulu,
Selesaikan kerja baru berangkat,
Amanat ditanam itulah guru,
Petua dipegang ilmu diangkat."
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Bertemakan "Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI", ucapan Selamat Hari Guru buat insan luar biasa ini mencurah-curah di laman sosial. -Gambar fail/Bernama

Polis, tentera Indonesia siasat kes pegawai terbunuh ketika serbuan sabung ayam
Polis dan tentera Indonesia melancarkan siasatan bersama selepas tiga pegawai polis terbunuh dalam serbuan ke atas gelanggang sabung ayam di Lampung.
AWANI Ringkas: Insiden tampar: Warga emas diberi DNAA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terengganu pertimbang cuti tambahan Aidilfitri
Kerajaan Terengganu sedang mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan sehari bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat perancangan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Empat R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri - Wan Rosdy
ra yang dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta dijangka siap beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini.

Dikritik di media sosial, DBKL perjelas tindakan padam mural di hentian bas, kiosk
Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memadamkan lukisan mural di beberapa hentian bas dan kios sekitar ibu kota mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Trump, Putin bincang gencatan senjata di Ukraine, hubungan AS-Rusia
Donald Trump dan Vladimir Putin pada Selasa bersetuju bahawa keamanan di Ukraine "akan bermula dengan gencatan senjata ke atas tenaga dan infrastruktur.

Graduan diploma Kolej Vokasional cecah 93,094, atasi sasaran KPM
Sebanyak 93,094 graduan diploma dari Kolej Vokasional telah dilahirkan setakat ini, melebihi sasaran 90,000 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Polis N.Sembilan keluarkan 682 saman dalam Op Lampu Isyarat
Dalam operasi dijalankan selama 11 hari, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan mengeluarkan 682 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
486 saman daripada jumlah itu adalah berkaitan kesalahan melanggar lampu isyarart merah.
486 saman daripada jumlah itu adalah berkaitan kesalahan melanggar lampu isyarart merah.
Wanita rugi RM140,000 diperdaya panggilan telefon individu menyamar polis
Diperdaya 'phone scam' oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis, wanita alami kerugian sebanyak RM140,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dalam satu kenyataan, dipercayai akibat panik, mangsa mengikut arahan suspek dengan membuat enam transaksi ke dalam empat akaun bank yang disyaki sebagai ‘mule account’.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dalam satu kenyataan, dipercayai akibat panik, mangsa mengikut arahan suspek dengan membuat enam transaksi ke dalam empat akaun bank yang disyaki sebagai ‘mule account’.
15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain kriket ditahan di KLIA
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menahan 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket.
AKPS memaklumkan, tiada sebarang kejohanan tiket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat.
AKPS memaklumkan, tiada sebarang kejohanan tiket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat.

#CikguSayaBest: Ini antara perkongsian memori indah di bangku sekolah netizen bersama guru kesayangan
Sambutan Hari Guru saban tahun lazimnya akan menggamit kembali memori ketika di bangku sekolah tak kira momen pahit mahu pun manis.