JITRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin negeri seharusnya memberikan contoh yang baik kepada golongan muda melalui dakwah secara hikmah dan bukannya dengan mengeluarkan perkataan mencerca orang lain.
Beliau berkata, pemimpin negeri perlu menjadi tokoh yang boleh dijadikan ikutan baik dalam kalangan anak muda dan sepatutnya memberikan penerangan tentang perancangan dibuat dan telah pun dibuat untuk membangunkan negeri.
"Dalam dakwah menyeru kepada kebaikan, itu suatu yang dituntut... seruan dakwah ini mestilah dengan cara hikmah. Seru dengan baik, jangan seru dengan cerca.
"Kita nak tunjuk tokoh. Kita terang apa nak buat, apa dah buat, masalah rakyat di Kedah ini antara negeri miskin," katanya ketika berucap pada Taaruf Perpaduan di Bilik Gerakan Utama Harapan-BN (Barisan Nasional), di sini, malam tadi.
Turut hadir calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Datin Sabrina Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon DUN Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad daripada BN.
Anwar berkata, pemimpin negeri juga sepatutnya mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan rundingan dapat dilakukan untuk pembangunan negeri termasuk menarik pelaburan sekali gus memberikan impak positif kepada rakyat.
"Saya bawa pelabur Jerman, keputusan besar (RM25 bilion) pi Kulim, Negeri Kedah, bukan dia (Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), (tetapi) Kerajaan Pusat... yang buat Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) itu Kerajaan Persekutuan, yang bawa pelaburan itu Kerajaan Persekutuan, yang sebulan sudah, dia mai runding dengan saya, bukan runding dengan depa.
"Sebab apa dia runding dengan saya? Bukan sebab saya Anwar, sebab saya pimpin Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Perpaduan itu stabil, siapa Kerajaan Perpaduan? PH, BN, tunggaknya termasuk UMNO dan Keadilan (PKR).
" ...yang penting kita kena buat, saya terang di Kedah ini antara negeri yang miskin, nak menang nak pimpin bukan daripada segi orang maki dan jerit, orang yang reti buat kerja, boleh berunding dengan Kerajaan Persekutuan, nak sokong kerajaan, sokong yang boleh bagi sumbangan, yang nak bersyarah tak payah jadi wakil rakyat, nak pimpin negeri ini kena ada dasar dia," katanya.
Justeru, Anwar berharap rakyat Kedah memberi peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk berusaha mencari jalan membela nasib rakyat sekali gus mengangkat martabat rakyat di negeri itu.
"Kita nak cari jalan supaya nasib rakyat Kedah kita angkat, saya minta percaya satu saja, kita akan lakukan sebaik mungkin, kita doa supaya kita laksanakan sedaya upaya kita, angkat martabat rakyat negara kita bermula di Kedah," katanya.
Dalam pada itu, ketika berucap di Jelajah Perpaduan MADANI Alor Setar, di Alor Mengkudu, malam tadi, Perdana Menteri berkata, terdapat indikasi yang menunjukkan pengundi di Kedah menolak pemimpin yang gemar mencari gaduh dan suka menghina serta memaki hamun pemimpin lain.
"Ada satu gerakan di mana rakyat (Kedah) tidak mahu lagi (pemimpin) gaduh-gaduh... rakyat Kedah mahu satu negeri yang bersatu padu, maju ekonominya serta menjaga rakyat yang miskin.
"Ini guna kuasa hari-hari maki orang. Apa saya teruk sangatkah? Tak baik macam itu, gaduh sikit-sikit tak apa tapi jangan hari-hari maki," katanya.
Beliau berkata, sepanjang lapan bulan menjadi Perdana Menteri, tiada sebarang salah laku yang membabitkan anggota pentadbiran di bawahnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada program Jelajah Perpaduan MADANI di Kupang, Kedah, pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.