SELAYANG: Seorang pemilik stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu tuduhan menjual petrol RON95 bersubsidi kepada pemilik kenderaan warga Thailand, dua bulan lalu.
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman pada 26 April depan.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Naziruddin selaku pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel gagal untuk mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari Thailand.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada jam 9.16 pagi, 1 Januari lalu.
Perbuatan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Hannah Abd Wahab bersama Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Nor Wahidah Muhammad sementara OKS diwakili peguam, Muhammad Syahmi Akif Jamili.
Sebelum ini, media melaporkan, KPDN Selangor menjalankan siasatan berhubung kes tular sebuah stesen minyak di Rawang yang menjual petrol bersubsidi kepada warga asing.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, siasatan itu membabitkan aduan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand mengisi RON 95 di stesen minyak berkenaan yang mana hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan kejadian berlaku pada tarikh berkenaan.
Katanya, seorang lelaki disyaki warga Thailand membayar RM100 di kaunter bayaran untuk membeli minyak berkenaan dan semakan pada resit jualan mendapati kereta itu mengisi minyak petrol RON 95 sebanyak 48.8 liter.
Sinar Harian
Fri Mar 15 2024

Sebuah video tular di media sosial, membabitkan dua individu dipercayai warga asing mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di hentian R&R di Rawang dua bulan lalu. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.

Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.

Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.