KOTA BHARU: Seorang pemilik bengkel motosikal buntu apabila lebih 40 motosikal pelbagai jenis milik pelanggannya yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 hangus dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, di sini malam tadi.
Wee Jit Hwa, 38, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus.
Katanya, ketika kejadian berlaku beliau tiada di situ kerana keluar membeli makanan.
"Ketika hendak membeli nasi, saya menerima panggilan daripada jiran dan rakan terdekat memaklumkan kedai milik saya terbakar. Tanpa berlengah lagi saya terus bergegas pulang.
"Setibanya di tempat kejadian, saya cuba memasuki kawasan berkenaan untuk melihat keadaan bengkel namun tidak dapat menghampirinya kerana api sedang marak selain anggota bomba juga sedang memadamkan kebakaran," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Pakistan, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Wee berkata beliau tidak tahu bagaimana ingin memberitahu pelanggannya mengenai kejadian itu dan resah memikirkan kerugian yang dialami.
"Membaiki motosikal ini satu-satunya pendapatan saya untuk menyara keluarga. Sebelum ini saya mampu meraih sekitar RM200 hingga RM300 sehari membaiki motosikal pelanggan," kata bapa kepada seorang anak yang berusia satu setengah tahun itu.
Terdahulu, Imam Besar Negeri Kelantan Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah mewakili Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan bantuan kecemasan bernilai keseluruhan RM14,000 kepada tujuh keluarga yang terlibat bagi meringankan beban yang ditanggung.
"Setakat ini pada peringkat awal pihak kami mengesan seramai tujuh keluarga yang terlibat. Sekiranya, ada lagi keluarga yang terlibat, kita akan menyalurkan sumbangan kepada mereka," katanya.
Kebakaran yang berlaku kira-kira 7.22 malam itu mengakibatkan 10 rumah kediaman dan empat rumah kedai musnah sekelip mata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemilik bengkel maut, pekerja cedera dalam kebakaran
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.39 malam Isnin.

Bengkel barangan lusuh terbakar, tiga lori musnah
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan kemusnahan keseluruhan sebanyak 75 peratus.

Tujuh motosikal dalam bengkel hangus terbakar
Bengkel yang diperbuat daripada kayu dan papan kelas B musnah seratus peratus termasuk tujuh buah motosikal pelbagai jenis.

Pemilik bengkel buntu lebih 40 motosikal pelanggan hangus terbakar
Bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus.

Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah
Kebakaran itu melibatkan bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus.