IPOH: Sebanyak 14 kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pengkalan 1, Pasir Puteh di sini pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 8.31 malam.
"Kebakaran itu melibatkan bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus.
"Kejadian turut memusnahkan 14 kereta pelbagai model serta sebuah motosikal.
"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan operasi pemadaman diteruskan menggunakan aliran air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, operasi turut melibatkan jentera dari BBP Simpang Pulai serta Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Menglembu dan Pasir Pinji.
"Operasi tamat pada jam 12.52 tengah malam," kata kenyataan itu.
Berita asal: Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah
Sinar Harian
Sun Apr 11 2021

Sebanyak 15 kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pasir Puteh. -JBPM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemilik bengkel maut, pekerja cedera dalam kebakaran
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.39 malam Isnin.

Bengkel barangan lusuh terbakar, tiga lori musnah
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan kemusnahan keseluruhan sebanyak 75 peratus.

Tujuh motosikal dalam bengkel hangus terbakar
Bengkel yang diperbuat daripada kayu dan papan kelas B musnah seratus peratus termasuk tujuh buah motosikal pelbagai jenis.

Pemilik bengkel buntu lebih 40 motosikal pelanggan hangus terbakar
Bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus.

Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah
Kebakaran itu melibatkan bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus.