Seorang setiausaha politik kepada seorang menteri didakwa salah guna kuasa dengan menawarkan kontrak pembangunan RM20,000 kepada setiap pemimpin setempat yang hadir dalam mesyuarat sebuah kementerian pada awal bulan ini.
Dalam mesyuarat yang diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu, setiausaha politik itu juga memaklumkan bahawa beliau bakal mendapat peruntukan RM300,000 daripada kementerian lain.
Setiap pemimpin yang hadir diminta membuat permohonan untuk mendapatkan kontrak tersebut kerana kementerian berkenaan didakwa perlu menghabiskan dana itu sebelum hujung tahun ini.
Individu tersebut turut memaklumkan beliau bakal mendapat peruntukan daripada satu lagi kementerian untuk diagihkan kepada pemimpin setempat.
Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, tawaran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan PKR yang sedang berlangsung.
"Ini kerana individu tersebut merupakan salah seorang calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat selain turut bertanding bagi jawatan ketua cabang di kawasannya.
"Oleh itu saya percaya beliau menyalah gunakan kedudukannya sebagai pegawai awam dalam menawarkan habuan berbentuk projek bagi meraih sokongan pemimpin setempat" katanya.
Ahmad Syukri berkata, beliau menera sebuah pendrive daripada seorang individu yang mengandungi maklumat tersebut.
"Melalui bukti gambar mesyuarat dan rakaman audio berdurasi 20 minit, saya percaya setiausaha politik merupakan individu utama mengendalikan mesyuarat tersebut," katanya.
Ketika ditanya dari kementerian mana individu berkenaan, Ahmad Syukri enggan mengulas lanjut.
"Beliau bukan di kalangan AMK," katanya.
Sehubungan itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat agar siasatan sewajarnya dapat dijalankan.
"Saya juga bersedia untuk dipanggil SPRM sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut," katanya ketika ditemui di luar bangunan suruhanjaya itu hari ini.
Ahad lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud calon pemilihan parti itu menawarkan projek kepada ahli semata-mata untuk meraih undi.
Anwar memberi amaran tidak akan berkompromi dengan perbuatan kotor pihak berkenaan dan bersedia menyingkirkan mereka daripada parti.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan laporan mengenai wujudnya tawaran projek bagi mendapat sokongan ahli dalam pemilihan PKR.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.
Sinar Harian
Tue Sep 25 2018
Ahmad Syukri (kanan) membuat laporan kepada SPRM pagi ini. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Hapus tol: Keputusan diketahui dua, tiga bulan lagi - Baru Bian
Kementerian sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.
Baru Bian mahu siasatan rapi berhubung dakwaan salah laku setiausaha politik
Tindakan perlu diambil kerana ia membabitkan nama baik Kementerian Kerja Raya.
Pemilihan PKR: Setiausaha politik menteri salah guna kuasa
Dalam mesyuarat yang diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu, setiausaha politik itu juga memaklumkan bahawa beliau bakal mendapat peruntukan RM300,000 daripada kementerian lain.