JOHOR BAHRU: Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Melahirkan rasa dukacita dan terkejut atas berita itu, Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka bersabar dalam berhadapan dengan saat-saat yang menyedihkan ini.
"Secara peribadi saya telah lama mengenali Allahyarham dan sama-sama aktif dalam politik di Johor terutama ketika penubuhan Bersatu beberapa tahun dahulu.
"Sepanjang saya mengenali Allahyarham, dia seorang yang kuat, kental, tabah dan tidak mudah mengaku kalah," kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Sebagai sahabat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Muhyiddin turut merasa sayu atas kehilangan Osman, yang juga bekas Menteri Besar Johor.
"Tenanglah di sana sahabatku. Marilah sama-sama kita panjatkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Saya memohon kepada semua untuk sama-sama membaca dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham," tambah bekas Perdana Menteri itu.
Osman, 70, meninggal di rumah anak lelakinya di Damansara, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, selepas zohor.
Pada 13 Okt lepas, Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018, mulai 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Osman, 70, meninggal di rumah anak lelakinya di Damansara, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di Johor Bahru, selepas zohor.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRN Johor: Beza haluan politik bukan halangan teruskan legasi bapa - Nornekman Osman
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.

Tiada PRK di DUN Kempas susulan pemergian Osman Sapian - Speaker
Ia berikutan kekosongan kerusi tersebut berlaku lebih daripada tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Osman Sapian
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia.

Pemergian Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Bersatu - Muhyiddin
Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemergian Osman kehilangan besar kepada Bersatu
ADUN Kempas itu merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.

Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor
Bersatu Johor dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga ADUN Kempas terbabit.

Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.

Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini semalam selepas diserang strok ringan.

Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok ( Khamis) hingga 22 Ogos depan.