KUCHING: Pemergian Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara dan Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri sepanjang penglibatannya dalam arena politik dan pegawai tinggi kerajaan.
“Tan Sri Ahmad Urai adalah seorang anak Sarawak yang telah banyak berjasa bukan sahaja sebelum dan pasca merdeka tetapi juga di peringkat kepimpinan kerajaan," katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika ditemui semasa menziarah keluarga Allahyarham di Jalan Muda Hashim, Kuching pada Ahad.
Mengulas sejarah penglibatan bersama Ahmad Urai, Abang Johari berkata allahyarham merupakan salah seorang pemimpin veteran politik dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Malah pernah menggalas jawatan penting dalam bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di Malaysia termasuk dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens bermula pada 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.
“Beliau juga telah menyumbang jasanya dari sudut perjuangan politik khasnya dalam parti PBB dan sudah tentu PBB kehilangan pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman,” jelasnya.
Secara peribadi, kata Abang Johari, beliau turut kehilangan seorang bapa saudara yang banyak memberi nasihat kepada generasi muda dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat.
“Saya kehilangan seorang ayah saudara kerana Tan Sri adalah sepupu dengan allahyarham ayah saya sudah tentu kita merasa kehilangan beliau di antara orang dari generasi tua yang banyak memberi nasihat kepada kita generasi muda dalam sudut bagaimana kita hendak berkhidmat dengan masyarakat,” ujarnya.
Terdahulu Allahyarham Ahmad Urai meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching sekitar jam 12.30 tengah malam Sabtu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun, sebelum itu beliau menghadiri majlis makan malam sempena pelantikan dan pemasyhurannya sebagai Penaung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Hotel Waterfront Kuching.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Jun 12 2022
Pemergian Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara dan Sarawak
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Pemergian Ahmad Urai kehilangan besar kepada Sarawak, Malaysia - Abang Johari
Pemergian Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara dan Sarawak.