KUALA LUMPUR: Pemergian Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pada awal pagi hari ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara.
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Allahyarham merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta seorang individu yang tegas dan amat berdedikasi dalam menjalankan setiap amanah yang digalas.
"Allahyarham berani dan lantang bersuara, tegas dalam membuat keputusan, amanah dalam berkhidmat serta berdisiplin tinggi.
"Penampilannya yang sederhana serta mudah didekati menjadikan Allahyarham amat disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.
BACA: Tun Ahmad Sarji: Keluarga Malaysia kehilangan negarawan, tokoh perkhidmatan awam - PM
BACA: Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi
Muhyiddin berkata semasa menjawat jawatan KSN, Allahyarham dikenali sebagai tokoh yang mendukung konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarji di atas pemergian itu.
Ahmad Sarji, 82, yang menyertai Pentadbiran Tanah Melayu sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Klang pada Januari 1961, berkhidmat sebagai KSN dari 1990 hingga 1996.
Sementara itu, Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun media sosial miliknya turut melahirkan rasa duka citanya atas pemergian Allahyarham hari ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.
Dalam pada itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak jasanya kepada perkhidmatan awam dan perkembangan agama Islam.
"Semoga segala jasanya kepada Malaysia selama ini akan menjadi simpanan berharga di akhirat. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga mereka akan tabah menghadapi dugaan ini," katanya dalam hantaran di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021

"Penampilannya yang sederhana serta mudah didekati menjadikan Allahyarham amat disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," kata Muhyiddin.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemergian Ahmad Sarji kehilangan besar kepada negara - Muhyiddin
Pemergian Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pada awal pagi hari ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara.