KUALA LUMPUR: Tujuh anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP) yang disiasat berkait kes pemerasan RM1.25 juta kini diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh anggota polis itu kini direman selama 28 hari mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bermula Khamis sehingga sehingga 5 Jun depan.
"Hasil daripada risikan dan siasatan dijalankan mendapati mereka ini dipercayai bertindak secara bersama untuk melakukan jenayah kesalahan serius dengan tujuan untuk mendapatkan faedah.
"Justeru, penahanan ini bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihak polis sekiranya terdapat elemen lain," katanya pada Jumaat.
Tambah beliau, seorang lagi pegawai polis berpangkat Inspektor juga ditahan selepas menyerah diri pada Khamis.
"Pegawai ini ditahan mengikut Seksyen 4(1) SOSMA 2012 dan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini (Jumaat)," ujarnya.
Pada 3 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan tiga pegawai berpangkat ACP, DSP dan Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes pemerasan terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 10 2024

Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh anggota polis itu kini direman selama 28 hari mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bermula Khamis sehingga sehingga 5 Jun depan.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.