PUTRAJAYA: Bermula esok, warga asing dengan Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh, perlu memohon Pas Khas bagi membolehkan mereka berada di negara ini, sementara menunggu penerbangan pulang ke negara asal, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata, permohonan Pas Khas itu perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada kedutaan masing-masing, tiket penerbangan, bukti kemampuan kewangan bagi menampung kos hidup, dan butiran tempat tinggal yang terkini.
Katanya, warga asing perlu hadir ke pejabat imigresen bagi memohon Pas Khas ini, mengikut janji temu yang telah dimohon melalui 'Sistem Temujanji Online' (STO).
"Warga asing dinasihatkan mengemukakan dokumen lengkap untuk membuat permohonan Pas Khas serta membuat janji temu melalui STO. Jabatan tidak akan memproses dan mempertimbangkan mana-mana permohonan yang tidak lengkap, dan tidak mempunyai janji temu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 12 April lepas, Jabatan Imigresen memaklumkan warga asing dengan PLS tamat tempoh, perlu meninggalkan negara ini sebelum atau pada hari ini (21 April) dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil.
Mengulas lanjut Khairul Dzaimee berkata, mereka yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan Pas Khas, perlu menyerah diri dengan hadir ke Bahagian Penguatkuasa di mana-mana pejabat Imigresen.
"Mereka perlu mengemukakan tiket pulang dalam tempoh 30 hari dari tarikh serah diri, dan perlu membayar kompaun mengikut tempoh lebih masa yang dikira mulai 22 April (esok).
"Setelah itu, Jabatan Imigresen akan mengeluarkan Pas Khas serta Memo Periksa Keluar (COM) kepada mereka, dan mereka boleh tinggal di negara ini sementara menunggu penerbangan ke negara asal," katanya.
Beliau berkata warga asing yang gagal mendapatkan sokongan kedutaan masing-masing juga, mempunyai pilihan untuk terus keluar melalui pintu-pintu masuk negara ini, namun mereka akan disenarai hitam bermula esok.
Khairul Dzaimee berkata tindakan meminta pemegang PLS tamat tempoh meninggalkan negara dibuat, selepas terdapat kes penyalahgunaan pas oleh pelawat asing.
"Ada yang salah guna pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah di pusat hiburan dan menyertai kegiatan tidak bermoral," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

KHAIRUL DZAIMEE: permohonan Pas Khas itu perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada kedutaan masing-masing, tiket penerbangan, bukti kemampuan kewangan bagi menampung kos hidup, dan butiran tempat tinggal yang terkini. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.

Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.