KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman tujuh hari mulai hari ini berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu pada Disember lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Katanya, tangkapan ke atas mereka adalah berdasarkan risikan sejak hari pertama kejadian.
“Mereka ditahan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang,” katanya di sini hari ini.
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, keesokan harinya.
Hasil siasatan forensik dan patalogi Hospital Sungai Buloh, pihak polis mengesahkan kanak-kanak berusia enam tahun itu mati akibat kesan kecederaan pada leher dan badan kerana mempertahankan diri.
Setakat Januari lalu lebih 225 individu sudah dirakam percakapan selain 248 sampel DNA milik penduduk dan orang terdekat diambil bagi tujuan siasatan.
Sebelum ini polis menegaskan tidak pernah berhenti menjalankan siasatan kes kematian kanak-kanak autistik itu dan sehingga kini kes itu tidak pernah ditutup.
Tambahnya, siasatan berkaitan kes itu masih aktif dan pihaknya sentiasa menanti petunjuk baharu.
Umavathi Ramayah
Sat Jun 01 2024
Setakat Januari lalu, polis telah merakam percakapan lebih 225 individu dan mengambil 248 sampel DNA bagi tujuan siasatan berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.
AWANI Ringkas: KPM siasat kes pelajar jatuh bangunan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
Persiapan istiadat pertabalan Agong pada peringkat akhir, 700 tetamu bakal hadir
Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat berlangsung sempurna.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
Platform kewangan digital komprehensif perkasa PMKS
Ketua Pengarah, CHIP In Sdn Bhd Zakwan Sharif kongsikan tentang platform kewangan digital komprehensif, CHIP yang direka khusus untuk menyokong dan memperkasa PMKS. Matlamat mereka adalah untuk membantu perniagaan menyelaraskan proses kewangan mereka, mengurangkan kerumitan operasi, dan memacu pertumbuhan.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor gesa semua pihak menanti hari perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy
Mempunyai perwatakan autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam
Permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di hadapan majistret disifatkan sebagai prosedur pelik'.
Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan
Polis menerima dua laporan berhubung kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat.
Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam
Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin membuat laporan polis berhubung kandungan siasatan yang tular di Telegram Edisi, kononnya pembunuhan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak autisme itu.
Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin
Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan butiran yang didakwa siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu, boleh mengubah tanggapan umum dan menganggu siasatan polis.
JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram
SKMM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.
PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan
PDRM diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.